Main ja dapat duit

MAIN GAMES

Selasa, 3 April 2018

Perlukah Penukaran Menteri Besar Perlis ?

Perlukah Penukaran Menteri Besar Perlis ?
Perlis, sebuah negeri di utara tanah air yang mempunyai 3 Parlimen dan 15 Dewan Undangan Negeri (DUN). Sebuah negeri kecil yang besar "politik"nya. dalam kita menghampiri pesta demokrasi terbesar negara iaitu Pilihanraya Umum dalam masa terdekat, satu persoalan yang berlegar2 dalam kancah politik negeri kecil ini, iaitu, perlukah penukaran Menteri Besar yang sedia ada iaitu Datuk Seri Azlan Bin Man (DSAM).
Terdapat berbagai pendapat dan pandangan dari golongan masyarakat biasa sehinggalah di kalangan pemain2 politik di Perlis. Ada yang berpandangan perlu kepada penukaran Menteri Besar atas sebab2 tertentu. Antara alasan bagi menghalalkan pandangan ini adalah, kerana MB sedia ada terlalu 'PTD' iaitu beliau tidak "bijak politik" dalam tindakan2 yang diambil dan menggunakan polisi2 yang tidak popular dikalangan "org politik". 
Antaranya ialah, beliau sering mendengar nasihat dan pandangan dari golongan bukan politik/berkaitan dalam satu2 keputusan berkaitan dasar kerajaan. ini menyebabkan sesuatu keputusan serta dasar yang di perkenalkan kurang mendapat sokongan dari kepimpinan masyarakat dan seterusnya menyebabkan sokongan rakyat kepada kerajaan semakin menurun, dan ini menyebabkan golongan "pemain politik" menjadi kurang senang.
 Tambahan pula, terdapat ramai golongan "orang2 kecewa" yang memburukkan lagi keadaan dan akibatnya sokongan rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional semakin menurun.
Bercakap berkenaan golongan2 kecewa pula, terdapat ramai di kalangan bekas "individu2 penting" dalam kerajaan dimasa dahulu kini menjadi pembangkang dek kerana 'kecewa' (mungkin kecewa kerana apa yang dihajati oleh mereka tidak tercapai) golongan ini merupakan golong penyokong kuat Barisan Nasional ada suatu ketika dan memengang jawatan penting dalam kerajaan. 
Ada dikalangan mereka bekas Kepimpinan kanan UMNO bahagian, bekas Yang Dipertua Majlis Pembandaran, Bekas Ketua2 cawangan, bekas kepimpinan Belia dan perbagai nama lagi. 
Apa yang dilihat, kekecewaan mereka berpunca dari kelemahan kepimpinan negeri yang di ketuai oleh MB yang lemah dalam "melayan" golongan mereka ini. Terdapat situasi yang mereka bukan mahukan wang ringgit  atau projek, tetapi semata2 sedikit perhatian dan rasa hormat kepada mereka.
Sebagai contoh, setiap keputusan berkaitan dasar kerajaan negeri tidak langsung di beri peluang untuk memberi pendapat dan pandangan dari mereka yang mempunyai pengalaman berkaitan kepimpinan/pengurusan serta politik. Ini menjadi titik tolak mengapa mereka "kecewa" dengan kepimpinan sedia ada.
Bila berbicara tentang "rasa hormat" teringat tentang Majlis Belia Negeri Perlis (MBNPs) yang langsung tidak "dilayan" oleh kepimpinan di bawah kepimpinan Ds Azlan Man. Setiap program berkaitan belia atau orang muda langsung tidak dipanggil untuk memberi pandangan malahan langsung "tidak dijemput" dan ini mengakibatkan kepimpinan MBNPs ini "terasa hati" dengan Menteri Besar dan seterusnya kerajaan negeri. 
Dan ini merupakan salah satu impak yang boleh mengugat sokongan golongan muda khususnya belia terhadap Barisan Nasional. Dan saya percaya ini telah dizahirkan dengan pelantikan salah seorang exco MBNPs menjadi Ketua Bahagian Parti BERSATU Padang Besar (Nampaknya Parti Pembangkang bijak mengambil kesempatan ). Kepada kepimpinan akan datang, adalah sangat perlu untuk memberi perhatian kepada golongan ini.
Mungkin kepimpinan kini lupa bahawa, boleh dikatakan kebanyakan bekas2 wakil rakyat merupakan golongan yang lahir dari kepimpinan belia, termasuklah 2 org Menteri Besar sebelum ini.
Selain itu, ramai yang berpandangan, punca kekacauan politik di negeri Perlis ini ada berpunca dari terdapat terlalu ramai "taiko2" politik yang terdapat di negeri ini. Mereka ini mempunyai "ego" mereka tersendiri dan masih "mencatur" dari belakang tabir bagi memenuhi kehendak "ego" mereka.
Selain itu, Pengerusi Perhubungan Barisan Nasional Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang ber tanggungjawap terhadap sokongan rakyat kepada Barisan Nasional mempunyai kuasa yang terhad kerana beliau hanya berjawatan "Ketua Bahagian" sahaja di Perlis. 
Dan ini menyukarkan beliau dalam menggerakan pergerakan kempen kepada Barisan Nasional. Dan oleh kerana itu , terdapat khabar angin yang mengatakan beliau sedang melobi untuk mengambil kembali jawatan "Menteri Besar Perlis" yang dirampas dari beliau suatu ketika dahulu. Tetapi pada pandangan umum ia merupakan sesuatu yang mustahil.
Dan apa yang dilihat dalam "proses melobi" menjadi Menteri Besar ini mungkin merupakan satu "pengalihan tumpuan" kepada calon sebenar yang bakal dicalonkan menjadi Menteri Besar seterusnya. DSSK juga selalu berpesan supaya "bagi menang pilihanraya dulu, lepas tue baru kita 'bergaduh' pasal calon MB pula".
Kalau dilihat dari sudut kepimpinan Pemuda Barisan Nasional pula, secara terang - terangan kurang mesra kepimpinan Menteri Besar sedia ada , mungkin diakibatkan dari 'kes-kes lampau" yang melibatkan golongan ini. Jadi ini juga menjadi antara penyebab kemungkinan penukaran Menteri Besar pada pilihanraya kali ini.
Ada yang berpandangan bahawa, Perlantikan Menteri Besar baru buat Negeri Perlis adalah perlu, dan Menteri Besar sedia ada sesuai dengan jawatan di kerajaan persekutuan, sebagai contoh, dengan pengalaman luas beliau dalam bidang perhubungan antarabangsa Kementerian Luar adalah tempat sesuai.




Dibawah merupakan petikan dari Berita Harian, kepada isu berkaitan.

KANGAR: Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man, menyerahkan sepenuhnya kepada Datuk Seri Najib Razak untuk menentukan status beliau pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Selain penentuan sama ada kekal bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pauh atau beralih ke kerusi lain, termasuk Parlimen Kangar, beliau berkata, kedudukannya sebagai Menteri Besar turut terletak pada pertimbangan Perdana Menteri.




"Pelbagai kemungkinan boleh berlaku, namun segala keputusan ditentukan oleh kepemimpinan tertinggi parti, iaitu Perdana Menteri selaku Presiden UMNO dan Pengerusi BN (Barisan Nasional).
"Jika sebelum ini Perdana Menteri mahu saya bertanding di DUN Pauh, PRU kali ini beliau juga yang akan membuat keputusan.
"Terpulang kepada Perdana Menteri hendak saya bertanding di (DUN) Pauh sekali lagi atau (Parlimen) Kangar dan di mana-mana kawasan sekalipun. Perdana Menteri malah boleh membuat keputusan untuk saya tidak bertanding," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis santai Pusat Daerah Pengundi (PDM) Padang Siding di Dewan Orang Ramai Kampung Rambai di sini, malam tadi.
Desas-desus kini kuat bertiup bahawa Azlan yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, bakal diturunkan sebagai calon di satu daripada lima kerusi DUN di Kangar, selain kerusi Parlimen Kangar sendiri.
Khabar angin juga mengandaikan kedudukan Menteri Besar Perlis akan sekali lagi berubah sekiranya Azlan bertanding di kerusi Parlimen.
Perlis menyaksikan perubahan Menteri Besar setiap kali PRU sejak 2008 apabila Datuk Seri Shahidan Kassim digantikan Datuk Seri Md Isa Sabu.
PRU-13 pada 2013 pula, Md Isa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bintong, berundur dan jawatan Menteri Besar disandang Azlan yang ketika itu menang di DUN Pauh.
Azlan ketika ditanya mengesahkan sudah menyerahkan senarai nama calon yang bakal diketengahkan pada PRU-14 kepada Perdana Menteri, bulan lalu.
"Saya memberikan empat nama calon bagi setiap kawasan Parlimen dan DUN di Perlis.
"Segalanya terletak kepada Perdana Menteri untuk mempertimbangkan siapa calon dalam kalangan mereka yang layak," katanya.
Petikan - Berita Harian


Tiada ulasan:

Catat Ulasan