Selasa, 10 Februari 2015

SEJAUHMANAKAH KETULUSAN DAN KEBEBASAN SISTEM KEHAKIMAN DI MALAYSIA admin | February 10, 2015  Dakwaan pembangkang bahawa kerajaan terbabit dalam keputusan mahkamah dianggap tidak masuk akal kerana banyak juga kes memihak kepada mereka. Ini termasuk kes yang dihadapi oleh ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila mahkamah membenarkan banyak penangguhan dan beberapa proses lain sebelum diputuskan untuk menjalani hukuman atau tidak. Berikut admin senaraikan keputusan mahkamah yang berpihak kepada pembangkang atau tidak berpihak kepada kerajaan dari tahun 2009 hingga 2014.   Tahun 2009 7 Sept 2009 – Polis dan Kerajaan Malaysia kalah kepada Mustafa Ali, SU PAS :Polis dan kerajaan Malaysia mengaku bersalah kerana menahan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali di bangunan Parlimen.Kerajaan bersetuju membayar gantirugi kepada beliau sebanyak RM50,000. Tahun 2010 19 Januari 2010- FELDA kalah kepada peneroka Kemahang :Mahkamah Persekutuan menafikan permohonan Felda untuk mengenepikan rayuan ke atas keputusan supaya lembaga berkenaan membayar RM11 juta kerana menipu 354 orang peneroka.Felda diarah membayar RM11 juta kepada sekumpulan peneroka Felda Kemahang 3, Kelantan.14 Disember 2011 : Lim Guan Eng menang lawan Utusan Malaysia : Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menang dalam dua saman fitnahnya terhadap Utusan Malaysia menerima ganti rugi berjumlah RM450,000.   Tahun 2012 24 Mei 2012: Khalid Samad menang lawan Utusan Malaysia :Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, memutuskan Utusan Malaysia telah memfitnah ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkaitan berita di muka hadapan akhbar itu bertarikh 11 Oktober 2009 yang bertajuk ‘ Zulkifli bidas Pak Janggut’.Berita itu melaporkan ‘Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin membidas individu yang digelarnya Pak Janggut yang sanggup memutar belit ayat-ayat Al Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23 Shah Alam.19 Jun 2012 : DS Anwar menang lawan Nalla : Anwar Ibrahim menang kes saman fitnah ke atas bekas rakan sukan tenisnya, Nallakaruppan a/l Solaimalai berhubung kenyataan kononnya menerima wang sebanyak RM60 juta. 22 Jun 2012- Lim Guan Eng menang lawan Utusan : Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng menang saman fitnah ke atas Utusan berhubung satu laporan mengenai dakwaan beliau mahu menghapuskan Dasar Ekonomi Baru 24 Julai 2012: BERSIH 3.0 menang lawan Kerajaan :Mahkamah Rayuan memutuskan BERSIH 3.0 tidak haram.Mahkamah Rayuan memutuskan arahan yang dikeluarkan Majistret Kuala Lumpur Zaki Asyraf mengharamkan perhimpunan BERSIH 3.0 pada 2012, bawah Seksyen 98 Kanun Acara Jenayah (KAJ) cacat kerana tidak menepati perlembagaan dan undang-undang sedia ada.31 Julai 2012 : Zunar menang lawan Kerajaan : SM Anwar atau Zunar, menang kes saman ke atas kerajaan dan empat yang lain berhubung tindakan pihak berkuasa merampas 66 buku dan satu lukisannya pada tahun 2010. 30 Ogos 2012 : Nizar Jamaluddin menang lawan Utusan : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Utusan membayar ganti rugi kepada bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin   2013 16 Jan 2013 : Anwar menang lawan Khairy :Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kes saman terhadap Khairy Jamaluddin Abu Bakar berikutan Ketua Pemuda Umno itu menarik semula kenyataan fitnah beliau ke atas Ketua Umum KEADILAN dan kes selesai.Khairy sebelum ini berpendirian bahawa beliau ada menuturkan kata-kata terhadap plaintif (Anwar) adalah pengkhianat Melayu dan boneka kepada Amerika Syarikat dan Yahudi.18 Januari 2013 : Khalid menang lawan Utusan : Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi memerintahkan Utusan membayar RM60,000 sebagai ganti rugi kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad 21 Jan. 2013 : Anwar menang lawan Utusan Malaysia : Anwar menang dalam kes saman fitnah RM50 juta ke atas Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan ketua pengarangnya berhubung artikel berkaitan temu bualnya yang disiarkan oleh BBC tahun 2012. 4 Februari 2013 : Lim Guan Eng menang lawam Utusan Malaysia : Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi memerintahkan Utusan membayar RM200,000 sebagai ganti rugi kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung satu artikel fitnah 18 Februari 2013 : Azan Ismail menang lawan Utusan : Mahkamah perintah Utusan membayar ganti rugi kepada Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail kerana menerbitkan artikel fitnah.   15 .21 Mac 2013 : Pemimpin PAS menang lawan RTM : Mahkamah Tinggi Alor Star memutuskan RTM bersalah memfitnah YB Nasir Mustafa dari PAS kononnnya kerajaan negeri Kedah tidak memperdulikan kerosakan jalan di Kampung Hilir Telok Talipon, Kubang Rotan.Mahkamah arahkan RTM dan 2 ahli UMNO membayar sebanyak 120 ribu dan kos sebanyak 30 ribu.4 Julai 2013 : Nizar menang lawan Utusan : Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menang saman apabila Mahkamah Tinggi memerintahkan akhbar Utusan Melayu (M) Berhad membayar ganti rugi RM250,000 kepada beliau berhubung isu nombor pendaftaran kenderaan WWW1 yang berjaya dibida oleh Sultan Johor dengan harga RM520,000. 10 JUlai 2013 : Peguam menang lawan Kerajaan :Lima peguam hak asasi manusia dan seorang aktivis menang saman terhadap polis dan kerajaan berhubung penangkapan, penahanan dan pendakwaan dengan niat jahat ke atas mereka semasa perarakan sempena Hari Hak Asasi Manusia Dunia pada 9 Dis, 2007.Mahkamah memberikan ganti rugi RM10,000 setiap seorang kepada R. Sivarasa, N. Surendran, Latheefa Beebi Koya, Eric Paulsen, Amer Hamzah Arshad dan aktivis Johny Andu @ Abu Bakar Adnan dan memerintahkan para defendan membayar sejumlah RM60,000 sebagai kos kepada plaintif.23 Oktober 2013 : ANAK menang lawan Kerajaan dan PDRM :Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman menang kes saman terhadap polis dan kerajaan Malaysia oleh Mahkamah Tinggi Temerloh.Hakim mengarahkan Kerajaan Malaysia selaku defendan membayar ganti rugi akibat polis tersalah tahan sebanyak RM300,000, ganti rugi tauladan RM50,000, kos mahkamah RM20,000 dan faedah 8% dari tarikh saman. 2014 17 FEB 2014: Husam menang lawan NST : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan akhbar New Straits Times (NST) agar membayar RM350,000 kepada Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa kerana didakwa memfitnahnya. 28 Februari 2014 : Anwar menang lawan Papa Gomo : Datuk Seri Anwar Ibrahim menang dalam kes samannya terhadap blogger, Papa Gomo (ganti rugi sebanyak RM800.000) 29 april 2014 : Majlis Peguam menang lawan DBKL : Mahkamah Rayuan Putrajaya mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membayar ganti rugi RM12,320 kepada Majlis Peguam kerana menceroboh dan menurunkan tiga sepanduk yang dipasang di premisnya bagi menyambut Hari Hak Asasi Manusia pada 2007. 4 sep 2014: Pemimpin PKR menang lawan FELDA : Felda kalah dalam saman RM200 juta terhadap anggota parlimen Wangsa Maju Tan Kee Kwong selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan. Team Penyelidik KLXpress « Laporan Langsung: Anwar BERSALAH!(Previous News) (Next News) Terkini: Anwar Gagal Rayuan Kes Liwat II » RELATED NEWS  SEJAUHMANAKAH KETULUSAN DAN KEBEBASAN SISTEM KEHAKIMAN DI MALAYSIA Dakwaan pembangkang bahawa kerajaan terbabit dalam keputusan mahkamah dianggap tidak masuk akal kerana banyak jugaREAD MORE  ROS ARAHKAN MIC ADAKAN PEMILIHAN SEMULA PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengarahkan MIC selaku parti terbesar yang mewakili kaum India mengadakanREAD MORE Anwar Bebas Atau Ke Penjara? 8.7 Gram Garam Sehari Punca Darah Tinggi Di Malaysia Pesawat AirAsia X KL-Jeddah Berpusing-Pusing 4 Jam Ismail Sabri Sendiri Lancar Kempen Turun Harga Ismail Sabri Hanya Membangkitkan Isu, Keputusan PM Dihormati-Liow Tiong Lai Pilihan Raya PBT Bukan Keutamaan Masa Kini Tiada Sebab Perlu Mohon Maaf- Ismail Sabri Khairy Mohon TNB Timbang Turun Tarif Elektrik ARCHIVES February 2015January 2015December 2014November 2014October 2014September 2014August 2014July 2014June 2014Ma

SEJAUHMANAKAH KETULUSAN DAN KEBEBASAN SISTEM KEHAKIMAN DI MALAYSIA

admin | February 10, 2015

Dakwaan pembangkang bahawa kerajaan terbabit dalam keputusan mahkamah dianggap tidak masuk akal kerana banyak juga kes memihak kepada mereka.

Ini termasuk kes yang dihadapi oleh ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila mahkamah membenarkan banyak penangguhan dan beberapa proses lain sebelum diputuskan untuk menjalani hukuman atau tidak.

Berikut admin senaraikan keputusan mahkamah yang berpihak kepada pembangkang atau tidak berpihak kepada kerajaan dari tahun 2009 hingga 2014.

 

Tahun 2009

7 Sept 2009 – Polis dan Kerajaan Malaysia kalah kepada Mustafa Ali, SU PAS :Polis dan kerajaan Malaysia mengaku bersalah kerana menahan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali di bangunan Parlimen.Kerajaan bersetuju membayar gantirugi kepada beliau sebanyak RM50,000.

Tahun 2010

19 Januari 2010- FELDA kalah kepada peneroka Kemahang :Mahkamah Persekutuan menafikan permohonan Felda untuk mengenepikan rayuan ke atas keputusan supaya lembaga berkenaan membayar RM11 juta kerana menipu 354 orang peneroka.Felda diarah membayar RM11 juta kepada sekumpulan peneroka Felda Kemahang 3, Kelantan.14 Disember 2011 : Lim Guan Eng menang lawan Utusan Malaysia :

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menang dalam dua saman fitnahnya terhadap Utusan Malaysia menerima ganti rugi berjumlah RM450,000.

 

Tahun 2012

24 Mei 2012: Khalid Samad menang lawan Utusan Malaysia :Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, memutuskan Utusan Malaysia telah memfitnah ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkaitan berita di muka hadapan akhbar itu bertarikh 11 Oktober 2009 yang bertajuk ‘ Zulkifli bidas Pak Janggut’.Berita itu melaporkan ‘Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin membidas individu yang digelarnya Pak Janggut yang sanggup memutar belit ayat-ayat Al Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23 Shah Alam.19 Jun 2012 : DS Anwar menang lawan Nalla :

Anwar Ibrahim menang kes saman fitnah ke atas bekas rakan sukan tenisnya, Nallakaruppan a/l Solaimalai berhubung kenyataan kononnya menerima wang sebanyak RM60 juta.

22 Jun 2012- Lim Guan Eng menang lawan Utusan :

Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng menang saman fitnah ke atas Utusan berhubung satu laporan mengenai dakwaan beliau mahu menghapuskan Dasar Ekonomi Baru

24 Julai 2012: BERSIH 3.0 menang lawan Kerajaan :Mahkamah Rayuan memutuskan BERSIH 3.0 tidak haram.Mahkamah Rayuan memutuskan arahan yang dikeluarkan Majistret Kuala Lumpur Zaki Asyraf mengharamkan perhimpunan BERSIH 3.0 pada 2012, bawah Seksyen 98 Kanun Acara Jenayah (KAJ) cacat kerana tidak menepati perlembagaan dan undang-undang sedia ada.31 Julai 2012 : Zunar menang lawan Kerajaan :

SM Anwar atau Zunar, menang kes saman ke atas kerajaan dan empat yang lain berhubung tindakan pihak berkuasa merampas 66 buku dan satu lukisannya pada tahun 2010.

30 Ogos 2012 : Nizar Jamaluddin menang lawan Utusan :

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Utusan membayar ganti rugi kepada bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin

 

2013

16 Jan 2013 : Anwar menang lawan Khairy :Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kes saman terhadap Khairy Jamaluddin Abu Bakar berikutan Ketua Pemuda Umno itu menarik semula kenyataan fitnah beliau ke atas Ketua Umum KEADILAN dan kes selesai.Khairy sebelum ini berpendirian bahawa beliau ada menuturkan kata-kata terhadap plaintif (Anwar) adalah pengkhianat Melayu dan boneka kepada Amerika Syarikat dan Yahudi.18 Januari 2013 : Khalid menang lawan Utusan :

Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi memerintahkan Utusan membayar RM60,000 sebagai ganti rugi kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad

21 Jan. 2013 : Anwar menang lawan Utusan Malaysia :

Anwar menang dalam kes saman fitnah RM50 juta ke atas Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan ketua pengarangnya berhubung artikel berkaitan temu bualnya yang disiarkan oleh BBC tahun 2012.

4 Februari 2013 : Lim Guan Eng menang lawam Utusan Malaysia :

Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi memerintahkan Utusan membayar RM200,000 sebagai ganti rugi kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung satu artikel fitnah

18 Februari 2013 : Azan Ismail menang lawan Utusan :

Mahkamah perintah Utusan membayar ganti rugi kepada Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail kerana menerbitkan artikel fitnah.

 

15 .21 Mac 2013 : Pemimpin PAS menang lawan RTM :

Mahkamah Tinggi Alor Star memutuskan RTM bersalah memfitnah YB Nasir Mustafa dari PAS kononnnya kerajaan negeri Kedah tidak memperdulikan kerosakan jalan di Kampung Hilir Telok Talipon, Kubang Rotan.Mahkamah arahkan RTM dan 2 ahli UMNO membayar sebanyak 120 ribu dan kos sebanyak 30 ribu.4 Julai 2013 : Nizar menang lawan Utusan :

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menang saman apabila Mahkamah Tinggi memerintahkan akhbar Utusan Melayu (M) Berhad membayar ganti rugi RM250,000 kepada beliau berhubung isu nombor pendaftaran kenderaan WWW1 yang berjaya dibida oleh Sultan Johor dengan harga RM520,000.

10 JUlai 2013 : Peguam menang lawan Kerajaan :Lima peguam hak asasi manusia dan seorang aktivis menang saman terhadap polis dan kerajaan berhubung penangkapan, penahanan dan pendakwaan dengan niat jahat ke atas mereka semasa perarakan sempena Hari Hak Asasi Manusia Dunia pada 9 Dis, 2007.Mahkamah memberikan ganti rugi RM10,000 setiap seorang kepada R. Sivarasa, N. Surendran, Latheefa Beebi Koya, Eric Paulsen, Amer Hamzah Arshad dan aktivis Johny Andu @ Abu Bakar Adnan dan memerintahkan para defendan membayar sejumlah RM60,000 sebagai kos kepada plaintif.23 Oktober 2013 : ANAK menang lawan Kerajaan dan PDRM :Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman menang kes saman terhadap polis dan kerajaan Malaysia oleh Mahkamah Tinggi Temerloh.Hakim mengarahkan Kerajaan Malaysia selaku defendan membayar ganti rugi akibat polis tersalah tahan sebanyak RM300,000, ganti rugi tauladan RM50,000, kos mahkamah RM20,000 dan faedah 8% dari tarikh saman.

2014

17 FEB 2014: Husam menang lawan NST :

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan akhbar New Straits Times (NST) agar membayar RM350,000 kepada Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa kerana didakwa memfitnahnya.

28 Februari 2014 : Anwar menang lawan Papa Gomo :

Datuk Seri Anwar Ibrahim menang dalam kes samannya terhadap blogger, Papa Gomo (ganti rugi sebanyak RM800.000)

29 april 2014 : Majlis Peguam menang lawan DBKL :

Mahkamah Rayuan Putrajaya mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membayar ganti rugi RM12,320 kepada Majlis Peguam kerana menceroboh dan menurunkan tiga sepanduk yang dipasang di premisnya bagi menyambut Hari Hak Asasi Manusia pada 2007.

4 sep 2014: Pemimpin PKR menang lawan FELDA :

Felda kalah dalam saman RM200 juta terhadap anggota parlimen Wangsa Maju Tan Kee Kwong selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan.


Team Penyelidik KLXpress

Tiada ulasan:

Catat Ulasan