Khamis, 5 Februari 2015

Menyokong Kenyataan Kazim Elias




Kami selaku Persatuan yang mewakili kelab – kelab belia di seluruh negara ingin menegaskan bahawa kami menyokong penuh kenyataan ustaz Kazim Elias seperti yang tersebar di laman – laman sosial sejak akhir – akhir ini.
Setelah membuat perbincangan dengan pemimpin tertinggi Persatuan, kami telah membuat satu kesimpulan bahawa, kenyataan beliau adalah semata – mata untuk menyedarkan umat islam dan kaum Melayu khasnya, bahawa kaum melayu harus melihat dari sudat pandangan yang berbeza, dalam isu ketuanan Melayu dan kami membuat keputusan bahawa kenyataan beliau itu tidak lebih kepada pesanan dan cabaran kepada kaum melayu untuk terus bersaing dan memajukan diri.
Kami sama sekali menolak bahawa kenyataan beliau adalah berbaur politik atau perkauman.

MAYC KEBANGSAAN 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan