Khamis, 5 Februari 2015

Kenyataan Ismail Sabri


Di akhir – akhir ini, kita sering melihat dan mendengar kenyataan – kenyataan yang keras, tentang pelbagai isu, kami sebagai persatuan induk yang mewakili 86,000 belia seluruh negara melihat perkara ini dari sudut positif, yang menandakan kebebasan bersuara di kalangan rakyat Malaysia.
Jika hendak dibandingkan dengan kes – kes sebelum ini, contohnya, iaitu kes Namewee yang menghina lagu negaraku, N. Surendran yang memghina mahkamah kerana kes liwat, Terissa Kok/ Tian Chua menghina pengorbanan pasukan keselamatan dalam insiden berdarah Lahat Datu, serta yang yang terbaru Eric Paulsen yang menghina khutbah jumaat, kes Dato Seri Ismail Sabri ini adalah kenyataan biasa yang mengingatkan pengguna kepada hak mereka yang kebetulan majoriti pengguna dalam Negara ini adalah berbangsa Melayu dan majoriti perniaga adalah berbangsa Cina.

Kami juga sangat yakin dan percaya intipati kenyataan beliau adalah berkaitan kesedaran dan kuasa pengguna. Kami sama sekali menolak bahawa kenyataan beliau adalah berunsur perkauman seperti yang didakwa sesetengah pihak.

MAYC Kebangsaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan