Jumaat, 5 Disember 2014

PENYUSUTAN NILAI RINGGIT


1. Nilai ringgit ditentukan oleh keadaan pasaran. Ada
kalanya nilai ringgit meningkat dan adakalanya
menyusut. Pada tahun 2014, ringgit menyusut
dibanding dollar Singapura, dollar Taiwan, rupiah
Indonesia , rupee India, baht Thailand, dollar Hong
Kong & dolar US. Namun ringgit mengukuh jika
dibanding, won Korea, dolar Australia, pound UK,
matawang Euro & yen Jepun.
2. Ini berlaku akibat penurunan harga komoditi
terutamanya petroleum dan penambahan nilai mata
wang US yang disebabkan oleh faktor- faktor
antarabangsa. Pada 3/12/14 harga minyak jenis Tapis
turun kpd USD73.93 setong. Namun purata harga
minyak Tapis Jan-Nov 2014 masih tinggi iaitu
USD107.23 setong kerana sebelum ini harga minyak
sehingga awal Oktober adalah tinggi.
3. Penyusutan nilai ringgit boleh dilihat drpd kadar
tukaran dgn dollar US yang mana tertinggi tahun ini
pada 28/8/14 dgn nilai 3.1480 & terendah pada
4/12/14 dgn nilai 3.4475. Sementara dolar Spura pula
tertinggi pada 27/8/14 dgn nilai 2.5248 & terendah
pada 11/2/14 dgn nilai 2.6332.Nilai ringgit tidak
semestinya terus menyusut memandangkan negara kita
mempunyai asas ekonomi yang kukuh.
4. Barangan import akan lebih mahal sedikit kerana
komponen produk yg diimport naik harga. Namun ini
membolehkan rakyat menggunakan lebih banyak produk
buatan Msia yg seterusnya akan mengembangkan
sektor pembuatan dalam negara.
5. Barangan export Msia ke luar negara akan lebih
murah. Ini akan mengembangkan sektor export. Maka
akan bertambah keuntungan sykt, kenaikan gaji, bonus,
tambahan bilangan pekerja, bertambah cukai kpd Kjaan
& bilangan kilang juga berkembang.
6. Sektor pelancongan akan lebih berkembang kerana
perkhidmatan hotel, pengangkutan, harga barangan
akan menjadi lebih murah dari sudut pandangan negara
yg nilai wangnya tinggi dibanding ringgit. Pertumbuhan
ekonomi berlaku.
7. Sektor perkhidmatan yg diberi kpd pihak luar juga
akan berkembang kerana kosnya akan menurun
berkadaran dgn peratus penurunan matawang. Sektor
perkhidmatan sebegini adalah sebahagian drpd
komponen export.
8. Kesan positif bersih terhadap penyusutan ringgit kpd
ekonomi negara mungkin tidak ketara. Namun ia
bergantung kpd berapa banyak export & import. Setakat
ini, export kita pada paras yg lebih berbanding import.
9. KDNK / GDP ialah penggunaan + pelaburan +
perbelanjaan Kjaan + (export - import). GDP =
consumption + investment + government expenditure +
(export - import). Export yg lebih & import yg kurang
akan mengembangkan KDNK / GDP.
10. Nilai anggaran export tahun 2014 adalah RM762.8
billion & import ialah RM677.2 billion menjadikan
lebihan dagangan sebanyak RM85.6 billion.
11. Sektor hartanah akan lebih menarik dgn penyusutan
ringgit kpd orang luar namun keyakinan pelabur akan
menurun pada kadar minima kerana nilai matawang
berkadaran sedikit sebanyak dgn keyakinan pasaran,
namun kestabilan politik adalah faktor keyakinan yg
utama.
12. Pasaran baru utk minyak kelapa sawit perlu segera
dicari oleh MPOB dll agensi spt Felda, Felcra. Petronas
juga perlu terus mencari sumber baru minyak & gas dgn
adakan JV di negara2 lain. Produk hiliran getah dgn
ciptaan & inovasi baru perlu terus diusahakan.
13. Asas-asas ekonomi negara kita adalah sentiasa
kukuh. Oleh itu penyusutan nilai ringgit tidak akan
menjejaskan ekonomi negara dgn ketara. Ekonomi kita
akan terus berkembang & hasrat utk jadikan Msia
negara maju berpendapatan tinggi tidak akan terbantut.
14. Dlm tempoh volatiliti / kemeruapan yang berlebihan,
Bank Negara Msia akan sentiasa memantau pasaran
ringgit bagi memastikan pasaran tukaran wang asing
yang teratur. Ini akan menggalakkan kestabilan kadar
pertukaran & memudahkan perdagangan & pelaburan.
15. Hasil Kjaan drpd sumber petroleum termasuk
Petronas tidak terjejas banyak utk tahun ini sbb
pengiraan purata harga minyak utk setahun 2014
adalah berdasarkan usd110 setong. Dijangka purata
tahun ini sekitar usd104 setong dgn mengambil kira
penurunan harga minyak pada Nov & Dis sekarang ini.
16. Rakyat sedang menunggu penurunan harga barang
bila harga minyak turun. Peniaga, pengilang,
pemborong, peruncit tentunya sedang membuat
perkiraan yg wajar. Diesel juga dijangka turun pada 1
Jan 2015 melihat kpd trend yg ada. Diesel naik 3 sen
utk 1 Dis 2014 disebabkan subsidi yg tinggi diberi utk
seliter diesel selama ini. Utk tahun 2013 purata subsidi
utk diesel ialah 76 sen seliter & ron95 subsidi 74 sen
seliter. Harga bahan bakar / minyak skrng ini berada
dlm ketetapan pasaran yg baik utk banyak pihak.
Tkasih.
(4 Dis 2014) - Ahmad Mazlan-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan