Isnin, 24 November 2014

Kedah larang bukan Islam guna 15 perkataan


ALOR SETAR - Kedah bakal mewartakan 15 perkataan
ekspresi dalam Islam yang tidak boleh digunakan oleh
bukan Islam, sama ada dalam bentuk cetakan mahupun
pengucapan umum.
Exco Agama, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid berkata,
perkara itu diputuskan pada persidangan Dun lalu,
selepas dibuat pindaan Rang Undang-Undang Kawalan
dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam
(Pindaan) 2014.
“Enakmen 1988 itu dipinda bagi memelihara kesucian
agama Islam yang kebelakangan ini diserang dari
pelbagai sudut. Perkataan berkenaan adalah ayat dalam
al-Quran dan diguna seharian masyarakat Melayu
Islam,” katanya.
Perkataan itu ialah, Assalamualaikum, Insyaallah, Allahu
Akbar, Subhanallah, Alhamdulilah, Lailahaillallah,
Masyaallah, Astagfirullahalazim, Auzubillahi,
Walillahilhamd, Watallahi, Tabarakaallah, Wallahi,
Wabillahi serta Lahaula Walaquata lllabillahilaliyil Azim.
Mohd Rawi berkata, sekiranya terbukti mana-mana
individu mahupun pemimpin bukan Islam menggunakan
perkataan itu, tindakan boleh diambil bawah seksyen
tertentu yang boleh membawa hukuman penjara antara
tiga hingga empat tahun.
“Contohnya, ada pemimpin bukan Islam ucap
Assalamualaikum sebelum ceramah umum, kita boleh
dakwa. Kita akan bertindak tegas untuk elak perkataan
khusus Islam digunakan sewenangnya oleh bukan
Islam,” katanya.
Mohd Rawi berkata, pindaan ini dibuat demi menjaga
kesucian agama Islam, di mana kebelakangan ini
negara sering berdepan dengan serangan pemikiran
liberal.
Menurutnya, terdapat 40 lagi perkataan yang tidak boleh
dikaitkan dengan agama bukan Islam, di mana dibuat
penambahan sebanyak 16 perkataan baharu.
Antara perkataan itu termasuk, ALLAH, firman ALLAH,
hadis, Kaabah, ibadah, kiblat, haji, mufti, rasul, Quran,
solat, khutbah, fatwa, imam, dakwah, wahyu, masjid,
surau, zakat, syariah, akhirat, serta nabi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan