Jumaat, 10 Oktober 2014

Siapa Edward Snowden

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada
pembaca blog BBA ni.Penulisan kali ini berkenaan
lelaki paling dikehendaki Amerika Syarikat buat masa
ini iaitu Edward Snowden.Siapakah Edward
Snowden? Dan kenapa Amerika Syarikat
mahukannya?
Edward Snowden merupakan seorang pakar
computer berasal dari AS.Edward pernah bekerja
dengan Agensi Keselamatan Kebangsaan(NSA) AS
sebagai seorang kontraktor teknikal dan juga pernah
bekerja di Central Intelligent Agency(CIA) sebagai
Pentadbir Sistem.
Tiga bulan permulaan kerjanya di NSA,dia telah
memulakan aktiviti mengumpul atau mencuri secara
diam data-data perisikan AS yang sangat sulit.Tidak
lama selepas itu,dia berhijrah ke China secara senyap
seterusnya mendedahkan data-data sulit yang
diambil tersebut.
Tindakannya yang berhijrah ke China sebelum
menyebarkan maklumat perisikan AS adalah kerana
data yang diambil mempunyai kandungan perisikan
AS ke atas China dan Hong Kong terutamanya
melibatkan banyak kes penggodaman yang
berlaku.China yang berang dengan pendedahan
tersebut telah melindungi Edward daripada
diekstradisi oleh AS untuk dibicarakan.Antara
pendedahan Edward yang mengejutkan umum ialah :
1. AS merisik sejumlah hampir 5 Billion pengguna
telefon selullar,ini termasuk rakyat negaranya
sendiri.Melalui risikan tersebut, pihak AS mempunyai
data lokasi dan maklumat mengenai pengguna
tersebut.
2. Edward mendedahkan AS menyenaraikan beberapa
tokoh di seluruh dunia dalam risikan mereka.Ini
termasuklan bekas Perdana Menteri Malaysia yang
ke-5,Tun Abdullah Ahmad Badawi.
3. 1.7 Juta data sulit ketenteraan AS juga berjaya
diperolehi Edward dimana keseluruhan data tersebut
jika didedahkan kepada umum bakal mengganggu-
gugat keselamatan tentera dan pangkalan AS di
serata dunia.
4. Ejen perisikan AS dan Israel mempunyai hubungan
baik dan bekerjasama dalam risikan keatas Negara-
negara di dunia.
5. Pendedahan mengenai suatu program “bayangan”
oleh AS terhadap Brazil.Program tersebut diumumkan
AS sebagai program anti-terrorism sedangkan ia
sebenarnya program untuk merisik ekonomi,kawalan
social dan juga manipulasi diplomatik.
6. Edward mendedahkan NSA dengan kerjasama
GCHQ merancang untuk menyebar sejenis virus
‘malware’ ke seluruh computer di serata dunia yang
digelar “Turbine”.Virus itu berupaya mewujudkan
satu server palsu untuk laman social ‘Facebook’ dan
akan mengaburi mata pengguna seterusnya
membolehkan mereka mengumpul maklumat peribadi
pengguna laman tersebut.
7. AS juga melakukan risikan keatas syarikat-syarikat
besar dunia termasuklah Google,AT&T dan Cisco!
Dan banyak lagi pendedahan yang dilakukan Edward.
Edward sekarang berada di Russia dan mendapat
suaka perlindungan selama setahun.Permohonannya
untuk memohon suaka dari 20 negara masih tidak
mendapat kelulusan selepas AS menekan negara-
negara tersebut.
Keberanian lelaki ini mendapat banyak anugerah dari
seluruh dunia dan menjadi tokoh penting dalam
program-program hak kebebasan.Peluang Edward
untuk kembali ke AS disifatkan sebagai ‘perkara
mustahil’ atas sebab pendedahannya ini dan dia juga
diklasifikasikan AS sebagai ancaman/musuh No 1
AS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan