Jumaat, 22 Ogos 2014

Jabatan Tenaga Kerja Negeri Perlis akan menganjurkan Karnival Penempatan

Salam 1 Azam

Saya dengan hormat merujuk perkara diatas.

2.             Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Tenaga Kerja Negeri Perlis akan menganjurkan Karnival Penempatan & Night Career Fair Azam Kerja 1 Malaysia seperti ketetapan berikut:-

Tarikh                     : 23 OGOS 2014 (Sabtu)

Masa                       : 2.00petang– 9.00 malam

Bertempat              : Perkarangan Pasaraya CMART

                                  Arau

Antara Syarikat Yang Sertai;-

-AEROSPACE COMPOSITE MALAYSIA SDN BHD ( PRODUCTION EXEC, ACCOUNTANT ETC)

-HERBA PRIMA MARKETING(PEREKA GRAFIK,JURUTEKNIK,PEGAWAI PEMASARAN,                                                                

PENYELIA STOR, PROGRAMMER & ETC)

-PUTRA PALACE ( EXEC F&B, HR MANAGER & ETC)

-IRICHI (M) SDN BHD (OPERATOR, PEGAWAI PEMASARAN & ETC)

-HONG LEONG TAKAFUL (PERUNDING)

-SHORUBBER (M) SDN BHD ( IT OFFICER, WAREHOUSE OPERATOR, ACCOUNT OFFICER & ETC

-LANGKAWI INTERNATIONAL SPA

-PUSAT LATIHAN WAWASAN ( GURU TADIKA, COACH & TRAINER & ETC)

-KAGUMAS CULINARY ACADEMY (M) SDN BHD ( F&B )

-PERTAHANAN AWAM MALAYSIA ( SUKARELAWAN)

-PRUDENTIAL BSN TAKAFUL ( PERUNDING KEWANGAN ) 


3.             Untuk makluman tuan/puan, terdapat 15 majikan/syarikat swasta yang menawarkan pekerjaan kepada peserta pada program tersebut.Sehubungan dengan itu, sekiranya terdapat pencari-pencari kerja yang dibawah seliaan jabatan/agensi  tuan, saudara mara, sahabat handai, pelajar-pelajar tahun akhir, dan juga bagi peningkatan kerjaya yang berminat untuk mencari pekerjaan yang sesuai, pihak tuan bolehlah mewawarkan kepada mereka untuk berkunjung ke program ini. Selain dari itu, pencari kerja diminta untuk membawa bersama-sama salinan resume, sijil-sijil kelayakan, serta pakaian kemas untuk menghadiri sesi temuduga terbuka tersebut.

4.             Jangan lepaskan peluang kerjaya yang akan merubah hidup saudara mara, rakan-rakan dan juga pencari-pencari kerja yang amat memerlukan pekerjaan. Kerjasama tuan/puan dalam membantu pencari-pencari kerja ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sebarang kemusykilan, sila hubungi pegawai pehubungan perusahaan kami yang sedia membantu (En.Mujib/En.Humaizi/ Pn.Che Sehal) di talian 04-9771925/04-9779111.

Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan