Ahad, 6 Julai 2014

Hak Kita Semakin Menyusut

Satu waktu dulu mantan Perdana Menteri Tun
Mahathir pernah berkata jiran yang sejahtera
tidak akan menyusahkan kita. Oleh sebab itu
negara Malaysia mengamalkan dasar “prosper
thy neighbour”.
Jiran yang tenteram tentu tidak akan
menyusahkan jiran tetangga nya yang
lain.Diambil contoh jika ekonomi jiran
bertambah kukuh maka limpahan kebahagian
nya akan tempias kepada jiran yang dekat.
Sebalik nya jika ekonomi jirannya teruk dan
hancur maka limpahan kesusahan juga akan
dapat kepada jiran yang terdekat.
Pelarian ekonomi dan orang dari negara
bermasalah akan cuba menyelusup masuk
kedalam negara yang aman dan banyak
peluang pekerjaan.
Jiran kita Singapura boleh dikira sebagai jiran
yang “affluent” dan sejahtera dari hal
kedudukan ekonomi dan kestabilan politik.
Oleh sebab terlalu stabil dan kaya maka wang
nya bertambah banyak dan melimpah.Bagus
lah begitu. Namun, kekayaan wang dan dana
tidak selari dengan kedudukan nya yang amat
kecil dan sempit.
Seorang pemimpin Islam dari sebuah negara
terdekat pernah berkata negara itu hanya lah
satu titik merah sahaja didalam peta dalam
memperli Singapura.
Jadi oleh sebab ia semakin kaya tapi diwaktu
yang sama semakin sempit, maka sesuatu
perlu dilakukan oleh pemikir negara itu.
Maka mereka sudah kenal pasti jalan dan cara
nya.
Ia itu pemilikan pasir dan tanah untuk kerja
penambakan dan kerja kerja land reclaimation
nya.
Kedua, menguasai politik negara yang dikenal
pasti sebagai bahan untuk perolehi pasir dan
tanah itu.
Mahu tidak mahu Malaysia , Indonesia dan
Vietnam telah dijadikan mangsa penjual pasir
nya.
Selain wang yang banyak untuk membeli pasir,
wang yang banyak juga akan dikeluarkan untuk
membeli kuasa dan ahli politik dari negara
negara terbabit sebagai penjaga kepentingan
jika ada sesiapa yang bangkit dari dalam
negara terbabit untuk bersuara melawan kerja
penjualan pasir kepada Singapura.
Tidak cukup dengan itu wang dana pembiayaan
akan juga ada untuk kerja kerja diversion atau
pun alihan supaya tiada tumpuan kepada kerja
jual pasir bahkan tertumpu kepada kerja
diversion seperti di Malaysia misalnya isu
Lynas.
Maka orang akan sebuk bercakap tentang
Lynas yang belum pun ada sesiapa mati
sehingga hari ini, bahkan kilang Babi lebih
banyak membunuh orang seperti di Bukit
Pelanduk dan sebagai nya satu waktu dulu.
Namun akibat kehebatan berdakyah ditambah
dengan “think tank” yang berguru dengan Mos
sad maka orang negara ini sentiasa kena tipu
dan kena terpedaya.
Dalam orang Malaysia dikacau dan di ganggu
dengan anasir dari seberang yang sentiasa
menciptakan isu demi isu dalam siber dengan
senyap Singapura telah berjaya meluaskan
tanah nya sebanyak 20%.
Cuba baca ini-
The densely populated state of Singapore has
expanded in size by more than 20 per cent
since the 1960s by reclaiming vast amounts of
land from the sea, in doing so becoming the
world’s biggest importer of sand – 14.2 million
tonnes in 2008.


Huh, tengok tu. meluas sebanyak 20% dari
tanah keluasan asal.
Kita baca lagi -
Most of its exports have come from
neighbouring Indonesia, Malaysia and Vietnam
but all three have  now attempted to limit or ban
exports of sand. With plans to expand its
surface area by a further 7 per cent by 2020,
Singapore is becoming increasingly reliant on
another one of its neighbours, Cambodia, to
meet its demand.
Satu lagi negara ditambah dalam keperluan
menjual pasir kepada Singapura.
Kenapa sebuk dengan hak Singapura membeli
pasir? Itu hak dia lah, tentu akan ada yang
berkata sedemikian.
Laporan dibawah ini tentu berguna untuk
difikirkan.
The densely populated state of Singapore has
expanded in size by more than 20 per cent
since the 1960s by reclaiming vast amounts of
land from the sea, in doing so becoming the
world’s biggest importer of sand – 14.2 million
tonnes in 2008.


Kita bukan persoal hak dia membeli, kita suruh
sedar akan kehausan tanah oleh pemerintah
Singgapura dan sambil itu permainan politik
dalam negara yang terbabit untuk mencengkam
pemerintah negara itu melalui kerja saraf nya.
Selain itu ia juga menunjukan bahawa
Singapura juga sedang menunggu waktu
dimana “Singapuraya” akan dapat dibentuk
dengan tindakan awal nya dalam “Gelang
Patah Move”.
Apa yang mengusarkan ada lah atas dasar
kepentingan nya maka pasti akan sentiasa  ada
gangguan demi gangguan dalam politik negara
kerana Malaysia yang tidak stabil akan
menguntung kan Singapura.
Dulu Tun Mahathir pernah berata “If you have
friends like Singapore you dont need enemy”.
Benar lah kata mantan itu. Siapa perlukan
musuh jika kawan pun sudah berperangai
semacam musuh. Mereka amat pentingkan diri.
Dalam  satu masa mereka mengguna  kan  barua
nya untuk memburukan kan Malaysia dengan
pelbagai tomahan sambil itu mereka membeli
tanah dan hartanah di Johor.
Tidak kah itu melambangkan kepalsuan dan
hipokrasi? Kenapa mahu beli tanah dalam
negara yang dikata kan tak bagus banyak
jenayah rasis dan macam neraka?
Sebenar nya “Golden Chresonese” ini terlalu
berharga dan semua pun tahu itu sebab nya
ramai berebut mahu memiliki nya, dan konon
negara ini tidak bagus , muflis, teruk dan tak
baik ada lah  tuduhan mahu mengelapkan mata
sahaja, sedang kan semua persiapan mahu
merampas nya sedang di buat dibantu oleh
badut dan kitol.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan