Selasa, 21 Januari 2014

Permohonan Kemasukan ke UiTM

Assalamualaikum WBT

Dimaklumkan bahawa iklan Permohonan Kemasukan ke UiTM Sesi Akademik 1
2014/2015 telah dibuka mulai 13 Januari hingga 31 Mac 2014 melalui Portal
Kemasukan Pelajar UiTM iaitu http://online.uitm.edu.my. 

Pembelian No. slip
melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) dibuka mulai 13 Januari 2014 (Isnin)
hingga 31 Mac 2014 (Isnin).

Sehubungan itu, mohon kerjasama tuan/ puan
untuk mewar-warkan iklan ini kepada semua pelajar, staf akademik, staf
pentadbiran dan orang ramai mengenai pemakluman ini.

Bersama ini
dipanjangkan iklan dalam bentuk soft copy untuk tindakan pihak tuan/ puan
selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

ZARINA BT ZAINAL ABIDIN
Penolong Pendaftar (Pentadbiran & Profesional)
b.p   Pengarah Bahagian Pengambilan Pelajar

No. Tel : 03-5544 3167
No. Faks : 03-5544 3170/ 03-5543 8534
Email : saza@salam .uitm.edu.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan