Khamis, 2 Januari 2014

PATI Mati Lemas Dipercayai Cuba Lari Dari Pihak Berkuasa

Kangar:Mayat dipercayai seorang lelaki Pendatang Tanpa Izin (Pati) warga Rohingya ditemui terapung di Sungai Kurong Tengar Kuala Perlis kira-kira jam 7 pagi tadi.
  Mangsa difahamkan cuba bersembunyi daripada pihak berkuasa di dalam sungai berkenaan sebelum maut akibat lemas.
  Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Ismail Che Isa ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat mangsa yang tidak mempunyai dokumen berkenaan.
  Katanya, mayat mangsa yang dilitupi kain pelikat dipakainya itu ditemui penjaga tali air yang kebetulan mahu membuka pintu tali air disitu.
  Menurutnya, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan