Khamis, 2 Januari 2014

Mayat Dijumpai Di Ladang Getah Felda Chuping 2/1/2014

Padang Besar: Selepas hampir sebulan menghilang, seorang lelaki ditemui mati dengan keadaan mayatnya hampir reput di Ladang Getah Felda Chuping di sini, kira-kira jam 2 petang tadi.
  Mangsa Abu Seman Ahmad,48, ditemui orang awam selepas dilaporkan hilang sejak 6 Disember lalu.
  Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros berkata, isteri ketiga mangsa membuat laporan polis mengenai kehilangan suaminya pada 12 Disember lalu apabila tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja di Kilang Gula Felda Chuping di sini 6 Disember tahun lalu.
  Katanya, polis kemudian dimaklunkan penemuan mayat mangsa jam 2 petang semalam sebelum dihantar bagi tujuan bedah siasat.
  Katanya, hasil bedah siasat yang dilakukan di Hospital  Sultanah Bahiyyah (HSB)Alor Setar Kedah, pihaknya mendapati mangsa maut akibat serangan jantung dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan