Isnin, 23 Disember 2013

Penang dan Selangor Tubuh Polis Sendiri???

Penang & Selangor Ada Polis Sendiri?Baru semalam heboh pasal kebrutalan ‘polis bantuan’ DAP di Pulau Pinang, hari ini dah ada pulak cadangan di kalangan suku sakat kaki politik di Selangor untuk menubuhkan pasukan polis sendiri atau dipanggil Auxilary Police. Admin mengetengahkan hal ini bukan atas dasar 'POLITIK' ... tetapi kerana ia ada kena mengena dgn hal 'KESELAMATAN NAGARA' & Undang2.Tak tahulah apa yg tak kena dengan kerajaan Penang & Selangor ini .... mereka tak faham ke konsep berpersekutuan? Kenapa perkara2 yang dah jelas dalam perlembagaan negeri/negara tapi masih juga nak dipertikaikan? Sekarang ni nak tubuh polis sendiri pulak, besok bila dah dead end, mulalah cari alasan untuk bawak kes ke mahkamah seterusnya mengkayakan kroni sendiri yg menjadi peguam dan penasihat rujukan, duit sapa yg bayar tu, duit rakyat Penang & Selangor la, walhal hasilnya ntah apa-apa, kroni jugak kaya.Yg menjadi hairan bin ajaib tu, kot celah macam mana mereka ni nak tubuh polis sendiri, sedangkan Polis kita yg ada ni pun tertakluk dgn Akta Polis & IGSO, Undang2 Am, Kanun Acara Jenayah & Kanun Keseksaan yg dah jelas2 menjadi tongak undang2 negara.Dalam predeksi admin, mungkin ada 2 maksud disini, pertama, apa teruk sangat ke dah kadar jenayah dibawah pemerintahan kedua2 negeri ini, sehinggakan polis sedia ada tak cukup bagus untuk tangani sampai nak kena ada pasukan polis sendiri?Kedua, adakah ia nak menyindir Menteri bertanggungjawab dengan KDN? Tapi negeri lain nampak ok je, tak ada lak sampai nak menubuh polis sendiri. Apa istimewa Penang &Selangor ... bukan dalam Malaysia ke? Apakah bagi mereka PDRM ini tiada berkemampuan nak menangani perihal jenayah ini?Sedangkan bila PDRM nak ambik tindakan pun macam2 sekatan, tembak tak boleh, senjata nak dilucutkan, pakai cota aja (Manoharan) dan sebagainya. Siapa yg bubuh segala macam sekatan untuk polis bertindak ni kalau bukan barisan manipulator undang2 parti2 politik haprak ini? Lepas tu jenayah naik nak salahkan PDRM apahal?Precedent mana yg dirujuk mereka, yg membolehkan negeri2 ini nak tubuh polis sendiri? Setahu admin, yg ada pasukan keselamatan diperingkat negeri ini hanya di Johor iaitu Timbalan Setia Johor (TSJ). Tapi ia bukan untuk jaga ketenteraman awam (walau ada unit komando sendiri – JMF) sebaliknya untuk jaga keselamatan anggota kerabat diraja Johor, pasukan ini bukan baru, awal 1900 pun ada dah.Persoalan kita dari mana idea mabuk ketum ini datang untuk mereka nak menubuhkan pasukan polis sendiri? Rasanya tak ada precedent, hanya sibuk nak main politik dengan terus menerus mempertikaikan kuasa2 polis, kuasa persekutuan dan apa yg termaktub dalam perlembagaan.Lagipun menubuh pasukan polis sendiri bukan mudah, bukan macam lantik jaga estet, banyak undang2 dan peraturannya. Belum disebut lagi pembahagian kuasa dengan PDRM sedia ada. Penjenayah berbeza dengan protes penduduk, mereka semua pakai senjata canggih, yg pasukan polis dicadangkan mereka ni nak lengkap senjata ke tidak, layak macam mana nak menembak, eh, banyaklah masaelah problemnya.Adakah kerajaan kedua2 negeri ini ada kepakaran dan pengalaman dalam hal ini semua? PDRM yg dah 206 tahun wujud ini pun masih lagi terkangkang2 nak memerangi jenayah, apalah yg mampu dilakukan olih kerajaan yg baru nak hidup ini, selain berpolitik cakap tak serupa bikin?Kesimpulannya, toksahlah buang masa main politik. Jangan jadikan rakyat mangsa politik anda. Kepada rakyat jelata, admin nak pesan ... MEREKA ITU BUKAN POLIS ... SIKIT PUN TAK PERLU TAKUT DENGAN MEREKA DAN JANGAN SERAHKAN IC ANDA ATAU BERHENTIKAN KENDERAAN ANDA SEKIRANYA DI TAHAN !!!Dimata Admin, tujuannya tak lain selain nak main politik.64

Tiada ulasan:

Catat Ulasan