Sabtu, 7 September 2013

KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI PERLIS MEGESAHKAN AKAN BERTANDING MAJLIS TERTINGGI UMNO



Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perlis Saudara Mohsin Yusoff mengesahkan akan bertanding di Majlis Tertinggi UMNO Pusat.

Beliau menyatakan yg beliau adalah wakil kepada lebih 15000 cawangan pemuda UMNO seluruh negara kerana beliau merupakan satu2 wakil Ketua Pemuda Negeri dari 12 Ketua Pemuda Negeri yg Lain. Ini kerana menurut beliau hanya ketua pemuda negeri yg memahami perit getirnya perjuangan pemuda di peringkat cawangan di kampung2.

Menurut beliau lagi,keempat-empat calon lain merupakan Exco Malaysia.Mereka amat memahami keperluan pentadbiran di peringkat pusat tetapi untuk memperjuangkan suara dan pandangan pemuda-pemuda akar umbi hanya ketua-ketua pemuda negeri yang sering bergelumang dengan pemuda-pemuda di cawangan sahaja megetahui  apa yang dimahukan oleh pemuda-pemuda di peringkat cawangan dan kampung-kampung.

Dengan itu, beliau amat berharap dengan tindakan beliau ini dapat membuka mata pihak tertinggi parti bahawa pemuda-pemuda di peringkat akar umbi mahukan suara mereka di dengari oleh kepimpinan umno pusat,dengan itu beliau menyeru kepimpinan pemuda cawangan akan menyokong beliau dengan megundi di pemilihan akan datang supaya suara pemuda akar umbi akan berkumandang di peringkat Majlis tertinggi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan