Khamis, 19 September 2013

Jawatan kosong TNB


Jawatan Kekosongan  JURUTEKNIK TINGKATAN BIASA (PERHUBUNGAN/TELEKOMUNIKASI) Maklumat Lanjut Nama Jawatan       : Juruteknik Tingkatan Biasa

Bidang                    : Perhubungan/Telekomunikasi

Taraf Jawatan        : Tetap

Gaji                         : RM1,400 sebulan

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk dipertimbangkan bagi mengisi kekosongan jawatan Juruteknik Tingkatan Biasa (Perhubungan/Telekomunikasi), di Bahagian-bahagian TNB di seluruh Semenanjung Malaysia.

·  Permohonan terbuka kepada Calon Luar sahaja.

(Bukan dari kalangan Warga Kerja TNB atau Anak-Anak Syarikat TNB).

Calon-calon yang berminat adalah dikehendaki membuat permohonan secara 'on-line'. Sila layari pautan seperti di bawah:

·  http://emadis.tnb.com.my atau

·  http://emadis.hq.tnb.com.my/emadis/ atau

·  www.tnb.com.my>>Careers>>eMadis

Sila maklum bahawa sebarang permohonan tanpa melalui link di atas, serta permohonan secara manual tidak akan dilayan.

Tarikh Tutup permohonan adalah pada 01 Oktober 2013.

Hanya pemohon yang telah disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temu duga. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam masa 2 bulan selepas daripada tarikh tutup iklan, maka permohonan adalah dianggap tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

Encik Mohd Noh bin Mohd Hamzah

Tel : 03-21802288 ext 2236

Email: nohh@tnb.com.my
Cik Aida binti Yusob

Tel : 03-21802288 ext 2317Email: aidayb@tnb.com.myBidang Tugas Juruteknik Tingkatan Biasa (Perhubungan/Telekomunikasi) Syarat Kelayakan ·  Warganegara Malaysia.

·  Mempunyai Sijil atau Diploma dari Politeknik tempatan atau Universiti-universiti yang diiktiraf oleh kerajaan dalam jurusan Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (Perhubungan/Telekomunikasi)

·  Minimum CGPA 3.00

·  Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan lulus dalam mata pelajaran seperti berikut:

- Bahasa Inggeris

- Matematik

·  Tidak rabun warna dan sihat tubuh badan

(Tidak menghidap sebarang penyakit kronik)

·  Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan.

·  Berkebolehan menggunakan Applikasi Komputer.

·  Boleh bekerja dalam satu pasukan dengan baik.

·  Sanggup untuk ditempatkan di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia.

·  Keutamaan kepada calon lelaki.

Tarikh Tutup: 01 Oct 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan