Isnin, 30 September 2013

Calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Padang Besar


Nama Cikgu Solah huddin Bin Omar, atau lebih senang dikenali di kalangan penduduk Padang Besar sebagai "Cikgu Din", memang tidak asing lagi dikalangan ahli-ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Padang Besar, Beliau yang menetap di Kg Titi Tinggi Hulu, di dalam kawasan Titi Tinggi setelah berumahtangga dengan isteri beliau yang berasal di kampung tersebut hampir 20 tahun yang lalu.

          Seorang yang bercita-cita besar,berdedikasi,dan mempunyai matlamat yang jelas dalam memartabatkan kembali pergerakan pemuda UMNO , khasnya di Bahagian Padang Besar. Mempunyai Ijazah di dalam bidang pendidikan dan mengabdikan diri sebagai guru di salah sebuah sekolah jenis kebangsaan di Padang Besar.

          Jawatan yang disandang pada ketika ini ialah sebagai Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Padang Besar dan Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perlis.Pengalaman yang beliau timba selama menjadi setiausaha mematangkan beliau dari sudut pentadbiran,penyusunan,dan perkembangan sesebuah organisasi politik seperti Pergerakan Pemuda ini.Dan sewajarnya beliau diberi peluang untuk menjadi nakhoda kepada Pergerakan Pemuda UMNO Padang Besar.

          Yang lebih penting beliau telah direstui oleh Ketua UMNO Bahagian Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin serta kepmpinan tertinggi UMNO bahagian sebagai calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Padang Besar,yang bakal menjadi leftenan beliau di dalam Umno Bahagian.

          Justeru itu,beliau dengan rendah hati menawarkan diri sebagai Calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Padang Besar.




P/s : Pandangan peribadi saya yang telah lama berkecimpung di dalam politik Padang Besar,sejak dari umur 18 tahun,dengan nama Allah(swt) yang mencipta sekalian alam,saya amat yakin inilah calon yang paling sesuai tiada yang lain untuk pemuda Padang Besar yang mahukan perubahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan