Ahad, 22 September 2013

CALON - CALON AJK PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN PADANG BESAR 2013



Ini adalah muka-muka calon yang menawarkan diri untuk bertanding sebagai Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Padang Besar,di ketuai oleh Solahuddin Omar sebagai calon Ketua Pemuda,Aishamuddin Yaacop sebagai calon Naib Ketua Pemuda diikuti yang lain sebagai ahli jawatankuasa.
           Kesemua mereka ini telah direstui oleh kepimpinan tertinggi parti di Bahagian Padang Besar sebagai calon ,termasuklah oleh Ketua Bahagian Padang Besar sendiri iaitu Datuk Zahidi Zainul Abidin serta kepimpinan parti di peringkat bahagian,diatas komitmen yang di tunjukkan oleh mereka kepada kepimpinan parti di dalam aktiviti2 yang telah dijalankan di semua peringkat , termasuklah peringkat cawangan sehingga program2 atau aktiviti2 di peringkat bahagian.
           Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Padang Besar, merangkap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perlis Saudara Mohsin Yusof berkata di dalam perbualan telefon bersama penulis yang berkata "kumpulan ini adalah kumpulan yang telah berusaha dan bertungkus lumus selama 5 tahun menjayakan program2 parti ,walaupun dalam keadaan kewangan yang menghimpit, ini menunjukkan mereka berminat untuk menjadi pemimpin,mengapa kita perlu memilih orang yang hanya "turun padang" pada sebulan ,dua ini sahaja,itu pun kerana adanya pemilihan,selepas hampir 5 tahun menyepi...perwakilan pemuda harus bijak memilih untuk menyambung serta memperkasakan lagi pergerakan ini...".


"Pilihlah Orang Yang Bekerja, Bukan Orang Yang Bergaya"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan