Isnin, 13 Mei 2013

CUBAAN GULINGKAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL 1



DILAPORKAN OLEH RAKYAT AMERIKA SENDIRI,TONY CARTALUCCI!
Ini gambar Tony Cartalucci.

Dia rakyat Amerika yang banyak menulis untuk media Canada, Global Research. Dia turut menulis banyak artikel mengenai Malaysia. Ini kerana Amerika kini sudah bersauh di Malaysia.

Menurut Tony Cartalucci, kerajaan Amerika Syraikat sedang kucarkacirkan negara kita bagi menggulingkan kerajaan Barisan Nasional untuk digantikan dengan kerajaan PR pimpinan Anwar Ibrahim.

Selain Malaysia, kerajaan Amerika juga sedang kucarkacirkan VENEZUELA, RUSSIA, MESIR, IRAN, LEBANON, SYRIA, BELARUS, UKRAINE, GEORGIA, AZERBAIJAN dan beberapa negara lain. Kerajaan Amerika sudah berjaya gulingkan kerajaan2 di IRAQ, LIBYA, SOMALIA dan AFGHANISTAN. Semua ini merupakan usaha Amerika untuk gulingkan kerajan negara2 ini bagi digantikan dengan kerajaan yang akan jadi barua, agen, suruhan dan proxy Amerika. 
Kerajaan Amerika, melalui sebuah agensi Jabatan Negara Amerika (Kementerian Luar Amerika), telah belanja BERJUTA DOLAR untuk gulingkan kerajaan BN di Malaysia melaui bantuan kewangan kepada Pakatan Rakyat dan NGO2 anti-BN, khususnya Merdekan Center dan Bersih.

Sila baca di bawah terjemahan saya tulisan TONY CARTALUCCI ini. Laporan asal Cartalucci dalam bahasa Inggeris boleh di baca di sini:

Failure of U.S. to Subvert the Elections and Install a “Proxy Regime” | Global Researchhttp://www.globalresearch.ca/malaysia-failure-of-u-s-to-subvert-the-elections-and-install-a-proxy-regime/5334439

================
Bagaimana pun, sebuah pertubuhan pemantau pilihanraya yang dibiayai oleh kerajaan sebuah negara asing yang secara terbuka mahu gulingkan kerajaan Malaysia yang memerintah bagi digantikan hamba abdi Wall Street , Anwar Ibrahim, pastinya sudah tidak "merdeka" (bebas).

Hubungan antara Pakatan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim dan Kementerian Luar Amerika (Jabatan Negara Amerika) tidak berakhir dengan Merdeka Center, tapi berterusan ke gerakan jalanan pembangkang, Bersih. Mendakwa berjuang untuk pilihanraya yang "bersih dan adil", Bersih sebenarnya adalah sebuah jentera yang direkacipta untuk menggembeleng protes jalanan bagi pihak parti pembangkang milik Anwar.Ketua Bersih, Ambiga Sreneevasan, sendiri telah akui bahawa pertubuhannya telah terima duit secara langsung dari Amerika Syarikat melalui National Democratic Institute (Institut Demokrasi Kebangsaan) yang merupakan cabang National Endowment for Democracy (Usaha Kebangsaan untuk Demokrasi) yang seterusnya merupakan sebahagian Kementerian Luar Amerika, dan dari Open Society (Masyarakat Terbuka) milik penjenayah George Soros.

Portal 'The Malaysia Insider' melaporkan pada 27 Jun 2011 bahawa ketua Bersih Ambiga Sreeneevasan:

"...mengakui bahawa Bersih menerima duit dari dua pertubuhan Amerika Syarikat - Natuional Institutte for Democracy, NDI (Institut Kebangsaan untuk Demokrasi) dan Open Society Institute, OSI (Institut Masyarakat Terbuka)- untuk projek2 lain yang dia tekankan tak ada kaitan dengan himpunan 9 Julai.

Lawatan ke website NDI sememangnya mendedahkan bahawa bantuan kewangan dan latihan telah diberikan oleh kedua pertubuhan Amerika ini - sebelum NDI membuang maklumat tersebut dari websitenya dan digantikan dengan info yang lebih jinak yang langsung tak sebut Bersih. Untuk dakwaan2 konon membiayai Ambiga tak merbahaya, hakikat bahawa NDI begitu cepat menyembunyikan hubungannya dengan Bersih menunjukkan ada rancangan jahat sedang bermain.

Sumber: Failure of U.S. to Subvert the Elections and Install a “Proxy Regime” | Global Researchhttp://www.globalresearch.ca/malaysia-failure-of-u-s-to-subvert-the-elections-and-install-a-proxy-regime/5334439

Tiada ulasan:

Catat Ulasan