Khamis, 9 Mei 2013

Azmin Ali Merajuk Tak Diberikan Tempat Di Selangor

Maklumat berperingkat rendah... AZMIN ALI dikatakan telah menghantar sms kepada ADUN ADUN dan AP yang pro kepada beliau bahawa beliau akan melepaskan jawatan tim presiden dan pengerusi PKR negeri selangor atas faktor tidak sefahaman dengan DSAI berhubung isu perlantikan menteri besar selangor. Beliau amat kecewa selepas DSAI mengikut telunjuk PAS yang meletakkan syarat supaya Tan Sri Khalid dikekalkan sebagai menteri besar. AZMIN merasakan bahawa beliau sebagai tim presiden pkr dan  Pengerusi Pkr Selangor tidak mendapat sebarang jawatan dan dipedulikan oleh DSAI.  Beliau amat kecewa dengan keputusan DSAI dan pernah berjanji akan melantiknya sebagai menteri besar sekiranya pkr menang di selangor.  Namun hanya tinggal janji dan beliau akan menunggu keputusan besok. Jika tidak menyebelahinya beliau akan membuat sidang akhbar besok jam 1000 pg di HQ PKR Damansara. Dijangka juga akan mengumum mengosongkan kerusi dun bukit antarabangsa dan parlimen gombak.

'PAWI'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan