Sabtu, 18 Mei 2013

Adam Adli Ditahan Dibawah Akta Hasutan

Polis telah menahan aktivis pelajar,Adam Adli dibawah Akta Hasutan.

Ia dipercayai ada kaitan dengan kenyataannya menghasut adakan demo jalanan untuk guling kerajaan di sebuah forum di Dewan Perhimpunan Cina di Kuala Lumpur pada 13 Mei.

Dia ditahan di Bangsar awal petang Sabtu dan dibawa ke Balai Polis Jinjang.

Pelajar UPSI yang digantung tiga semester ini kerana terlibat dalam perbuatan turunkan bendera yang ada gambar Perdana Menteri di pekarangan ibupejabat UMNO pada Disember 2011.

Dia juga terlibat dalam pelbagai kegiatan anti-kerajaan kebelakangan ini.-18/5/2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan