Jumaat, 12 April 2013

SIRI 2 : SEJARAH TANAH MELAYU YANG SEBENAR

Gunung Ledang atau nama inggerisnya Mount Ophir merupakan lubuk sejarah Melayu sebenarnya. Namanya masih tercatat dalam kitab Bible, Book Of Job.

Semua orang pasti mengenali junjungan besar Nabi Sulaiman. Kalau dibaca sejarahnya, Nabi Sulaiman ini sangat kaya-raya dan mempunyai mahligai yang dikatakan sebagai bayangan syurga. Emas ialah perkara biasa dan dikatakan bahawa istananya bersalut emas, begitu juga dengan Solomon Temple, rumah ibadat yang dibina oleh Nabi Sulaiman. 

Tetapi, tahukah kalian dimana sumber emas itu diambil? Sumber sejarah mengatakan bahawa lokasinya ialah terletak di Mount Ophir. Book Of Job menegaskan bahawa Mount Ophir itu tidak lain dan tidak bukan ialah Gunung Ledang, gunung tempat seorang puteri yang meminta jambatan emas dibina bersemayam. 

The London Quaterly Review dalam buku tersebut mengatakan berdasarkan bukti-bukti arkeologi menegaskan bahawa lokasi Mount Ophir terletak di SEMENANJUNG TANAH MELAYU. 

Claudius Ptolemy, seorang pakar geografi, astronomi dan astrologi menamakan bumi melayu tempat kita berpijak ini sebagai Golden Chersonese. Kononnya di sini merupakan sumber emas dunia dan kerajaan-kerajaan Melayu yang berdiri di sini selalu membekalkan emas kerapada Yunani dan Rom. 

Persoalannya, kalau tamadun Melayu wujud pada zaman Nabi Sulaiman lagi, dan zaman Yunani dan Rom, berapa lama sebenarnya usia tamadun kita? 

Persoalan yang lain, bagaimanakah caranya untuk kita kembalikan kegemilangan bangsa kita yang telah lama lenyap akibat penjajahan dan persengketaan antara kita?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan