Rabu, 13 Mac 2013

MAKIN RAMAI YANG MATI,MAKIN ANWAR DIBENCI

Jika seseorang aktif di dalam alam maya atau pun pelayar tegar Facebook dan blog blog politik maka satu perkara tidak dapat di nafi kan.Ia itu Kemarahan rakyat kepada orang di kata kan “dalang” dan “pengkianat” terhadap isu pencerobohan Puak Sulu .

Ketika kematian awal anggota Polis di Lahad Datu , boleh di lihat trend perasaan rakyat terhadpa isu itu begitu berubah dan bertukar haluan.Walau pun cubaan mengena kan kerajaan dan BN terutama nya kepada Datuk Seri Najib oleh penyerang cyber pihak pembangkang, ia kemudian nya seolah olah makan diri dan seolah olah senjata makan “tuan” .

Cubaan untuk mengalih kan perhatian kepada lompatan bapa Saiful dan lain lain nampak nya gagal dan tidak menjadi.Di tambah buruk kan lagi dengan kenyataan Tien Chua dan Nurul Izzah yang tidak kena waktu dan tempat.Malah pasti sekali penyokong Pakatan Rakyat yang ada saudara mara berkhidmat di dalam pasukan keselamatan terasa di hina dan di layan seperti tong sampah.

Walau pun pelbagai alihan seperti kisah IC dan konon nya salah Tun Mahathir cuba di kait kan, tetapi amat mudah di patah kan dengan hujah yang arahan hanya kepada yang layak yang memang tinggal di situ berkurun lama tetapi tidak minat untuk mendaftar, dan yang seleweng ada lah pegawai kerajaan yang ambil kesempatan buat duit melalui sindiket. Mungkin juga pegawai itu ahli pembangkang kerana memang ramai pro pembangkang ada di dalam kerajaan.

Kini dengan tersebar luas video gelojoh Anwar yang menyanyi dengan gembira tentang Sabah akan hilang seawal tahun 2012 dan video di youtube oleh JMM orang cina tentang pengelibatan Tien Chua , Sivarasa dan SUARAM , maka bertambah lah benci nya rakyat terhadap Abwar dan Pakatan Rakyat.

Nampak nya pahlawan siber Anwar kena bekerja overtime untuk menyelamat kan imej Anwar setelah akhbar akhbar dan media dunia termasuk sejauh Kanada mencerita kan tentang pengelibatan Anwar bukan sahaja di Sabah bahkan dari kisah BERSIH lagi.

Anwar Ibrahim memburuk kan lagi keadaan dengan jawapan “saman” nya, ia mengambar kan ketakutan nya kepada soalan dan dari sudut hati rakyat seolah olah ada rasa bersalah dan “sesuatu” pada soalan itu. Ugutan melambang kan ketakutan.

Kini dengan satu persatu gugur nya perwira Negara , kebencian rakyat semakin ketara terhadap Pakatan Rakyat dan Anwar. Di tambah dengan senyap sunyi pemimpin parti berlogo Islam seolah olah mereka tahu sesuatu tetapi terikat mulut nya untuk berkata.

Cuba lah kita layari Fb yang paling popular yang pro kerajaan , yang  “like” nya cecah hampir 100,000 dan reach nya 3 kali ganda dan beberapa Fb pro kerajaan lain kita boleh lihat sentiment kebencian rakyat  ini.

Mungkin yang tinggal hanya yang tegar, keras hati dan susah tidak boleh di baiki lagi otak nya .

''SINGA FELDA''

Tiada ulasan:

Catat Ulasan