Selasa, 26 Februari 2013

Pencerobohan Lahad Datu ada kaitan dengan perjumpaan Anwar-Nur Misuari?


Keselamatan Negara tergugat apabila kehadiran warga asing yang bersenjata dan belum dikenalpasti identiti dan motif sebenar kehadiran mereka di Lahad Datu, Sabah. Negeri Sabah pernah dikejutkan dengan rompakan bank oleh 15 orang lanun di Lahad Datu, Sabah pada 25 September 1995. Insiden ini telah menyebabkan 6 kematian.

Sebelum ini, kehadiran kumpulan bersenjata warga asing mempunyai motif yang jelas iaitu dengan tujuan mendapatkan sumber kewangan dengan cara kekerasan.

Kehadiran kumpulan berpakaian tentera bersenjata masuk ke Lahad Datu tidak diketahui sebarang motif yang jelas. Daripada maklumat yang boleh dipercayai, kumpulan ini merupakan anggota MNLF pada suatu ketika dulu di bawah pimpinan Nur Misuari.

Mereka diperalatkan oleh elemen luar dan hal ini tidak boleh dinafikan. Hubungan rapat di antara Anwar dengan Nur Misuari memang telah lama wujud dan diketahui umum.

"Jika Datuk Seri Najib tak sanggup memujuk MNLF dan MILF, kita hanya ada satu jalan iaitu mengutus Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Nur Misuari adalah sahabat rapat Datuk Seri Anwar Ibrahim"-(Blog Kesultanan Sulu bertajuk “Perhimpunan MNLF: Bolehkah MNLF dan MILF berkongsi kuasa”) 

Ketika Nur Misuari memimpin MNLF dan berjaya dilantik sebagai Gabenor di Mindanao, Anwar Ibrahim adalah TPM dan berkawan rapat dengan Joseph Estrada.



"Saya menentang Kerajaan Malaysia campur tangan dalam hal ehwal Negara Filipina" (Joseph Estrada, Blog Kesultanan Sulu).

Hubungan lama ketiga-tiga mereka digunakan semula untuk merosakkan keamanan di Selatan Filipina setelah kejayaan Rundingan Damai MILF-Manila.



Dalam suasana Malaysia akan mengadakan pilihan raya dalam masa yang terdekat, pada 4 bulan yang lepas, Anwar telah berjumpa dengan Nur Misuari. Anwar telah meminta bantuan Nur Misuari supaya membuat sesuatu “crime” dan yang terkini menghantar kumpulan Suluk berpakaian tentera ke Lahad Datu.
Baca seterusnya di MrKinabaluBoy SINI 

Kaitan Pakatan Rakyat terserlah dengan usaha menakutkan rakyat dengan gambar yang ditokok tambah dari laman web berikut: 

INI GAMBAR BOHONG!!!!

Gambar di atas disebarkan oleh cybertrooper Pakatan Rakyat untuk menimbulkan suasana ketakutan penduduk tempatan di Negeri Sabah. Gambar asal di laman Web MNLFNET.com telah ditokok tambah seolah-olah Negeri Sabah telah berjaya ditawan oleh Warga Asing Bersenjata.
Ianya untuk mempersoalkan kesiapsiagaan Pasukan Keselamatan kita khususnya kapal selam milik negara.  
Petikan dari MyMassa SINI, gambar di bawah adalah gambar sebenar kekuatan penceroboh,gambar palsu diatas di sebarkan oleh media pembangkang adalah semata-mata bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat malaysia dan sabah khasnya supaya keadaan menjadi huru-hara menjelang pilihanraya,yang jelas penglibatan anwar ibrahim semakin terserlah dalam insiden ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan