Ahad, 9 Disember 2012

Zahrain kembali menyertai UMNO

Perdana Menteri menerima borang permohonan untuk menyertai UMNO daripada Ahli Parlimen bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim serta dua bekas pemimpin dan 350 bekas ahli PKR Pulau Pinang.

Penyerahan borang keahlian UMNO ini, berlangsung ketika Perdana Menteri menghadiri majlis makan tengahari bersama rakyat di Bayan Baru.

Turut serta, bekas Ketua Wanita PKR negeri, Aminah Abdullah dan bekas Timbalan Pengerusi cabang Bukit Gelugor, Roslan Rahmashah.

Ketika ditemui, Datuk Seri Zahrain berkata, keputusan itu dibuat kerana UMNO adalah satu-satunya parti pilihan untuk membela kepentingan masyarakat Melayu dan Islam di negara ini.

DATUK SERI ZAHRAIN MOHAMED HASHIM / AHLI PARLIMEN BAYAN BARU "Anda mesti sedar saya dari pembangkang, masa dulu UMNO ada kelemahan dan hari ini kita lihat UMNO ada matlamat, UMNO yang saya lawan dulu dan UMNO hari ini sangat berbeza, kami putuskan untuk keluar dari Pakatan kerana mereka lebih teruk dari apa yang mereka katakan tentang UMNO dulu".

Beliau percaya lebih ramai ahli PKR dan PAS akan mengikut jejaknya mendekati UMNO dan Barisan Nasional bagi menjayakan program transformasi Perdana Menteri.

Sementara itu, Jaringan Muslimin Pulau Pinang turut menyerahkan memorandum kepada Datuk Seri Mohd Najib bagi memastikan kesucian agama serta perpaduan umat Islam tidak terhakis.

Antara tuntutannya, menyekat sebarang usaha untuk menghalalkan amalan lesbian, gay, biseksual dan LGBT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan