Rabu, 19 Disember 2012

Pergaduhan kaum di Sungai Petani 2012

Kejadian pergaduhan antara puak pelampau India & Melayu Islam dikatakan bermula di Paya Nahu Sungai Petani sebelum merebak ke tempat lain di sekitar Sungai Petani.

Mangsa telah ditetak dengan parang, dibelasah dengan kayu besbol dan di campak ke dalam longkang sehingga membabitkan orang-orang yang tiada kaitan.

Perintah darurat telah dikeluarkan oleh PDRM & FRU dan roadblock di sekitar Sungai Petani telah diadakan bagi mengawal keadaan.

Tetapi terdapat versi lain pula yang menceritakan pergaduhan berlaku pada 16 Disember dan punca pergaduhan adalah kes curi motor dan bukan seperti mana yang disebutkan sekarang.

Polis telah mengambil tindakan mengawal keadaan sehingga ke malam ini supaya kes ini tidak menimbulkan salah faham di kalangan masyarakat.

Dikatakan apa yang berlaku bukanlah pergaduhan Melayu-India tetapi hanyalah kes bertumbuk antara 2 kumpulan remaja

Dengar khabar ada antara saudara2 kita yg telah kesana dan br pulang pada 6am td megatakan semua dah diselesaikan dgn cara baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan