Isnin, 5 November 2012

Syed Mokhtar Difitnah Untuk Kekalkan Pengaruh Ekonomi Kapitalis Cauvinis



Melihat propaganda yang cukup diwujudkan pembangkang untuk menyerang figura perniagaan Melayu terkemuka, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary membuktikan agenda cauvinis, ultra-kiasu dan busuk hati Pakatan Rakyat terhadap individu itu.

Alasan yang sering dimomok-momokkan pemimpin pembangkang bahawa Syed Mokhtar merupakan kroni kepada pemimpin UMNO-Barisan Nasional dan diberikan kelebihan untuk mengaut keuntungan hasil wang rakyat. Ternyata persepsi yang diwujudkan ini sedikit sebanyak mencalar kredibiliti dan nama Syed Mokhtar kalangan rakyat jelata.


Ketika ini, Syed Mokhtar merupakan individu Bumiputra terkaya di negara ini. Malah mungkin juga salah satu kalangan usahawan Melayu paling kaya abad ini. Walaupun begitu, kekayaan tidak mampu mengelabui mata Syed Mokhtar sehingga menjadi dirinya lupa diri dan angkuh. Sebaliknya Syed Mokhtar memahami perjuangannya dalam bidang perniagaan adalah untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara. Maka ditubuhkan sebuah yayasan dengan nama Yayasan al-Bukhary untuk membantu kaum Melayu dan umat Islam di negara ini. 

Namun ternyata sumbangan yang diberikan Syed Mokhtar itu kurang disenangi kalangan pemimpin pembangkang kerana pengaruh beliau terlalu kuat dalam ekonomi semasa, apatah lagi turut mendapat sokongan pihak pemerintah ketika ini, yakni UMNO-Barisan Nasional.

Sebenarnya serangan terhadap Syed Mokhtar sengaja diada-adakan untuk mewujudkan sentimen bahawa Syed Mokhtar merupakan anak emas kepada pemimpin UMNO-Barisan Nasional. Memang benar Syed Mokhtar adalah anak emas kepada parti keramat itu memandangkan pelbagai sumbangan dan jasa telah ditabur tokoh perniagaan itu dalam membantu rakyat di negara ini. Sebagai seorang ahli korporat, ternyata Syed Mokhtar bukan sahaja mementingkan hala tuju perniagaannya, malah turut sama menjadikan perniagaannya sebagai jihad dan ibadah.

Dalam hal ini, Syed Mokhtar bukan figura kecil kerana melalui Yayasannya sahaja, lebih RM300 Juta telah diperuntukkan untuk pelbagai projek amal termasuk institusi pendidikan di bawah Yayasan itu disamping bantuan kepada golongan kurang bernasib baik dan sasaran demi memastikan kekayaan yang dimilikinya dinikmati bersama-sama. 

Tetapi jasa yang diberikan Syed Mokhtar tidak mampu dinilai kalangan pemimpin pembangkang yang menuduh Syed Mokhtar sebagai individu yang telah mencuri kekayaan hasil jerit-perih rakyat. Tuduhan ini dilemparkan kerana Syed Mokhtar didakwa mempunyai kepentingan dan saham terbesar dalam Padiberas Nasional Berhad (BERNAS), syarikat yang diswastakan daripada Lembaga Padi Negara (LPN). Namun tuduhan seperti ini ternyata merupakan strategi terancang untuk menjatuhkan UMNO melalui serangan terhadap tokoh berkaitan parti itu.

Namun tanpa disedari serangan-serangan seperti ini membuka ruang kepada beberapa persoalan, antaranya kewajaran serangan terhadap Syed Mokhtar memandangkan terhadap tokoh-tokoh perniagaan lain yang turut mendapat sokongan daripada kepimpinann UMNO-Barisan Nasional.

Hakikatnya serangan ini bukan sahaja kerana hubungan akrab Syed Mokhtar dengan kepimpinan UMNO-Barisan Nasional. Malah melibatkan kepentingan dan penguasaan Syed Mokhtar dalam beberapa kepentingan perniagaan yang turut menarik minat pemimpin Pakatan Rakyat untuk terlibat sama melalui proksi-proksi mereka. Dan apabila penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang diberikan kepada Seaport Terminal (Johor) Sdn Bhd yang dimiliki oleh Syed Mokhtar, ternyata ini memberi tamparan hebat kepada kepimpinan dan proksi DAP Pulau Pinang yang turut berminat terhadap Pelabuhan dan Hab Ekonomi di utara tanah air itu.

Menambahkan lagi sakit hati ahli perniagaan cauvinis dan ultra-kiasu ini apabila Syed Mokhtar mengambil langkah drastik membeli beberapa syarikat yang sebelum ini dikuasai kapitalis-kapitalis cauvinis itu dan berkait rapat dengan keperluan rakyat termasuklah syarikat roti Gardenia. Persaingan dalam penguasaan ekonomi oleh usahawan Islam-Bumiputra seperti Syed Mokhtar jelas kurang disenangi bukan sahaja kalangan pesaing perniagaannya, malah pemimpin politik cauvinis yang khuatir dengan pengaruh ekonomi orang Melayu-Islam yang cukup kuat termasuklah dalam perniagaan barangan bersifat asas.

Propaganda yang dimainkan media pembangkang semata-mata untuk memperkasakan ekonomi kapitalis cauvinis dan ultra-kiasu dokongan DAP.

Akhirnya, Pakatan Rakyat terpaksa memainkan isu Syed Mokhtar yang bukan sahaja menampakkan agenda perkauman secara halus, malah menghalang orang Melayu-Islam daripada terus menguasai ekonomi negara.

Persoalannya sekali lagi, seandainya Syed Mokhtar diserang atas tuduhan sebagai kroni UMNO, mengapa ahli perniagaan berbangsa Mata Sepet lain yang turut mendapat bantuan pemimpin UMNO-Barisan Nasional tidak pula diserang sebegitu?

Nampaknya permainan kotor pemimpin pembangkang akan sebenarnya atas desakan pemimpin DAP sendiri seperti yang didakwa penyokong PAS yang menyatakan bahawa Ketua Menteri DAP Pulau Pinang, Lim Guan Eng cukup kurang senang apabila Pelabuhan Pulau Pinang diberikan kepada Syed Mokhtar.Dan jelaslah agenda serangan terhadap Syed Mokhtar bukan kerana faktor "siapa yang lebih kaya?". Sebaliknya kerana Syed Mokhtar adalah seorang usahawan BUMIPUTRA dan ISLAM yang pasti akan cuba mendominasi ekonomi negara yang sebelum ini dikuasai usahawan bermata sepet

-wak canang-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan