Isnin, 5 November 2012

Siri Pembongkaran - 12/ Dalil mengapa PAS mesti ditolak…



ULAMA PAS BUAT FATWA IKUT SEDAP MULUT MEREKA SAHAJA

Abdullah bin Utbah bin ma’sud ra berkata : Saya telah mendengar Umar Bin Alkhattab ra berkata : Dahalu pada masa Rasullullah, orang orang diterima menurut keterangan wahyu, dan kini wahyu telah berhenti. Maka kami akan bertindak pada kamu menurut apa yang nyata bagi kami dari amal perbuatan mu, maka yang menunjukkan kebaikkannya, kami percaya dan kami hargai, tentang hal batinnya terserah kepada Allah yang akan memperhitungkannya dan siapa yang nyata kejahatannya kami tidak akan percaya dan tidak dapat kami hargai meski pun ia berkata bahawa hatinya baik

( bukhari- RS 1/332-6)

Dalam Surah At Taubah Ayat 5, Allah berfirman bermaksud :

Pengumuman perang terhadap musyrikin

Apabila sudah habis bulan-bulan Haram itu[630], maka bunuhlah orang-orang musyrikin itu dimana saja kamu jumpai mereka, dan tangkaplah mereka. Kepunglah mereka dan intailah ditempat pengintaian. Jika mereka bertaubat dan mendirikan sholat dan menunaikan zakat, maka berilah kebebasan kepada mereka untuk berjalan[631]. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun.

[630]. Yang dimaksud dengan bulan Haram disini ialah: masa 4 bulan yang diberi tangguh kepada kamu musyrikin itu, yaitu mulai tanggal 10 Zulhijjah (hari turunnya ayat ini) sampai dengan 10 Rabi'ul akhir. 

[631]. Maksudnya: terjamin keamanan mereka. 

Ternyatalah dari ayat dan hadis di atas, sebagai manusia biasa, kita hanya boleh menghukum perkara perkara yang zahir sahaja sebagai contoh dari ayat tadi, sekiranya seseorang itu telah bersyahadah, bersolat, membayar zakat dan menunaikan perintah Allah yang lain, maka kita perlu menerima ianya sebagai orang Islam dan segala perkara batin terserah kepada Allah swt.

Mari kita perhatikan pula sikap ulama PAS. Mereka mengeluarkan fatwa dan menjatuhkan hukum, sebagai contoh, mereka mengkafirkan orang Islam lainnya, meskipun orang yang dikafirkan oleh mereka sudah bersyahadah, bersolat, menunaikan zakat, menunaikan haji dan sebagainya. Seolah olah mereka, puak PAS ini mendapat wahyu dari Allah atau sebenarnya mereka memang menentang ayat ayat Allah. Lihatlah kepada beberapa petikan dan fatwa berikut dan nilailah dengan ilmu dan akal :-

"Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

"Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, 28 April 1999.

"Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, 24 Januari 1999.

"Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963

"Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, 29 April 1999.

"PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, 25 Jun 1999.

"Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, 24 April 1994.

. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.

. “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. –Nik Aziz Nik Mat, 27 April 1995.

-ariffin hussin-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan