Ahad, 25 November 2012

Anwar Merayu Campur Tangan Australia



Permintaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta agar kerajaan Australia unuk campur tangan dalam pilihanraya raya ke-13 (PRU13) ditolak oleh Menteri Luarnya, Senator Bob Carr.  Carr yang mengeluarkan kenyataannya melalui ABC Radio di negara itu mengatakan Australia tidak boleh dan tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum (PRU) yang akan dilaksanakan di Malaysia.


Anwar sebelum ini dilaporkan telah menulis kepada beliau untuk meminta kerajaan Australia agar tampil bagi membantu untuk memastikan PRU akan datang di Malaysia, bebas daripada sebarang penipuan dan rasuah.

Carr berkata pilihan raya di Malaysia adalah merupakan urusan rakyat Malaysia sendiri.
“Amat sukar bagi Australia berbuat sesuatu tentang cara ia dilaksanakan, sama sukarnya bagi Malaysia atau kerajaan lain untuk menganjurkan bagaimana pilihan raya di Australia perlu diadakan.

“Kami bukan pihak berkuasa pilihan raya bagi Malaysia,” katanya lagi.
 Anwar sebelum ini telah berbincang tentang kebimbangannya itu dengan bekas perdana menteri Australia, Kevin Rudd, dan menghantar satu nota kepada Carr untuk mendapatkan bantuan Australia.



Selain daripada itu, Anwar turut dilaporkan telah menemui Senator bebas dari Australia, Nick Xenophon bagi menyatakan hasrat yang sama. Xenophone ketika lawatan ke Malaysia Jumaat lalu mengatakan Anwar telah berjumpa dengannya bagi memaklumkan mengenai perkara tersebut.

Xenophone kemudiannya telah membacakan isi kandungan surat tersebut di dalam mesyuarat dewan Senat Australia mengenai rayuan yang meminta campur tangan dari pihak kerajaan terhadap isu yang dibangkitkan.

“Anwar Ibrahim telah menulis surat tersebut di hadapan saya pada Jumaat yang lalu di Kuala Lumpur. Ia adalah merupakan desakan rayuan bagi mendapatkan bantuan.

“Beliau benar-benar melihat (kerajaan) Australia adalah merupakan harapan terakhir dan terbaik buat rakyat Malaysia bagi mendapatkan pilihanraya yang bebas dan adil di sana” katanya ketika diwawancara oleh Ketua Wartawan Politik, Sabra Lane.

Sila rujuk wawancara Xenophone bersama stesyen radion ABC baru-baru ini. Wawancara Xenophone Berhubung Rayuan Anwar

Dewan senat Australia baru-baru ini juga dilaporkan telah menerima satu usul bagi membenarkan perkahwinan sesama jenis bagi membolehkan ianya sah menurut undang-undang negara kanggaro itu. Carr dan Xenophone adalah merupakan ahli senat yang menyokong agar usul tersebut diterima.

Walaubagaimana, pengundian yang dibuat oleh dewan tersebut pada 20 September yang lalu, telah menolak usul tersebut. Usul tersebut hanya mendapat 26 undi menyokong berbanding 41 undi yang menolak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan