Sabtu, 27 Oktober 2012

Sejarah Penubuhan PAS Di Bawah Kepimpinan Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan (Ogos 1951 – Sept. 1953)




SEBELUM memimpin PAS, Tuan Haji Ahmad Fuad bin Hassan merupakan salah seorang ulama yang menjadi ahli UMNO. Beliau terlalu sikap ghairah dan cemburu kepada ketinggian mutu amalan agama lslam dan kesuciannya serta cenderung kepada soal-soal politik tanahair.

Atas sifat cemburu dan kecenderungannya  kepada ketinggian  lslam inilah yang menyebabkan beliau dan beberapa rakannya dalam UMNO ketika itu menentang keras beberapa usaha yang dilakukan oleh segelintir pemimpin UMNO yang bercanggah dengan nilai-nilai dan kesucian lslam seperti mengadakan ‘fun-fair’ dan sebagainya. 

Dalam situasi ini, beliau telah mengemukakan pandangan untuk menubuhkan sebuah kesatuan ulama yang bertujuan untuk menyatukan seluruh alim ulama serta mewujudkan satu perikatan  di kalangan umat lslam yang berani menasihati dan menegur pucuk pimpinan UMNO. Dan di waktu itu, beliau adalah merupakan Pengerusi Badan Agama UMNO. Tulisan beliau dalam Suara UMNO yang bertajuk “Ulama Malaya Belum Bersatu & Belum Mempunyai Organisasi” telah menarik perhatian umum.

Atas inisiatif beliau, akhirnya pada 15hb Ogos 1951, satu persidangan alim ulama telah berjaya di adakan di Kuala Lumpur bagi membincangkan tuntutan tersebut serta merangka perlembagaannya. Seterusnya pada 24hb. November 1951, Muktamar Ulama Kali Ke-3 telah di adakan di Seberang Prai (Bangunan UMNO Bagan) dan persidangan ini telah berjaya menubuhkan Persatuan Ulama Se-Malaya dan seterusnya ditukarkan kepada Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) atas persetujuan ramai.(bukan lagi parti politik)

Menjelang persidangan tersebut, UMNO sedang bergolak - menghadapi krisis kepimpinan dan perpecahan mengenai isu kewarganegaraan dan penyertaan orang bukan Melayu di dalam UMNO yang dicadangkan oleh Datuk Onn Jaafar. Datuk Onn telah mengambil jalan dengan keluar daripada UMNO apabila gagasan yang dicadangkannya itu telah ditolak oleh UMNO. Tuan Haji Ahmad Fuad yang berasal daripada Terengganu telah dicalonkan sebagai Yang Dipertua Agung UMNO bagi menentang Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.

Di dalam pemilihan tersebut Tuan Haji Ahmad Fuad telah tewas di tangan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.Kerana kekecewaan beliau, ingin menawan kepimpinan tertinggi UMNO tidak tercapai,beliau menarik PAS pada asalnya sebuah pesatuan ulama kepada parti politik.

A.Samad Said dalam satu tulisannya pernah menyebut bahawa penubuhan PAS (yang diilhamkan oleh Tuan Haji Ahmad Fuad) pada tahun 1951 adalah agak menarik. Pertama kata A.Samad Said, PAS berjaya ditubuhkan walaupun suasana negara ketika itu sedang dilanda pergolakan dan gelora darurat Dan kedua, penubuhan PAS ketika itu telah direstui sendiri oleh UMNO.(kerana UMNO menyokong kepada penyatuan ulamak)

Terdapat beberapa cawangan PAS yang berjaya ditubuhkan – antaranya termasuklah cawangan pertama, iaitu Butterworth pada 9hb. Mac 1952, Kuala Kangsar (10hb. April 1952), Perlis (2hb. Mei 1952), Kerian (6hb. Julai 1952) dan Kuala Lumpur – Selangor (13hb. Julai 1952). Sehingga Disember 1952 sahaja, PAS telah berjaya menubuhkan 16 buah cawangan di seluruh Malaya dan Singapura. 

Cawangan pertama PAS di kawasan Pantai Timur juga telah ditubuhkan di zaman kepimpinan beliau. Allahyarham Ustaz Amaluddin Darus dan Ahmad Yatim telah berjaya menubuhkan cawangan PAS di Pasir Mas pada 23hb. Julai 1953.

Pada 26hb. Ogos 1953, Muktamar Agung PAS Kali Ke-2 telah diadakan di Madrasatul Ulum, Bagan Datuk, Perak. Dalam muktamar tersebut, Tuan Haji Ahmad Fuad sekali lagi telah diberi mandat oleh lebih 600 ahli untuk terus memimpin PAS. 

Mesyuarat Agung Khas pada 23hb. September 1953 itu juga telah bersetuju untuk membebaskan PAS daripada dipengaruhi oleh mana-mana unsur/pihak – mengekalkan PAS sebagai sebuah organisasi yang bebas dan berdikari. Dengan itu, undang-undang tubuh PAS telah dicadangkan supaya dipinda bagi menentukan tidak ada orang yang menjadi anggota parti politik lain dibolehkan untuk dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Agung PAS atau pegawai-pegawai yang mengendalikan urusan PAS.

Semasa di bawah kepimpinan Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, PAS masih berada pada tahap lemah dan kekurangan dari segenap segi. Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan adalah merupakan rakan dan penyokong kuat kepada Datuk Onn Jaafar. Krisis UMNO-IMP (Independence of Malaya Party) sedikit sebanyak telah menjejaskan kepimpinan beliau di dalam PAS. Percubaan beliau untuk membawa PAS bekerjasama dengan IMP telah ditolak oleh ahlinya - menyebabkan kepimpinan beliau telah mula dipersoalkan dan dengan demikian juga telah memberi kesan terhadap perjuangan politik PAS.

PAS ketika itu juga telah diibaratkan seakan-akan ‘pucuk ru atau daun lalang’ yang sedia rebah ke mana sahaja angin bertiup.

 Ekoran kegagalan beliau membawa PAS untuk bersama-sama dengan IMP pimpinan Datuk Onn Jaafar, Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan telah meninggalkan perjuangan politik PAS secara rasmi pada 26hb. September 1953 - seterusnya beliau menyertai IMP dan Parti Negara apabila IMP dibubarkan.

p/s :Masihkah tujuan asal penubuhan "Persatuan" PAS masih sama dengan tujuan "Parti" PAS sekarang??? yg suka memaki hamun,memfitnah,menggunakan Al-Quran dan hadis untuk kepentingan politik,kemaruk pergi ke Putrajaya sehinggakan Nik Aziz sendiri penah berkata jika syaitan yang ingin menolong sekali pun beliau akan terima dan Mat Sabu penah berkata yang beliau sanggup makan babi bersama Lim Guan Eng dari makan ayam bersama DS Najib yang sebangsa dan seagama dengan beliau,anda fikir-fikirkan lah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan