Selasa, 23 Oktober 2012

Sejarah bendera Malaysia


Sejarah bendera Malaysia bermula pada 29 November 1949 apabila Majlis Raja-Raja dengan kerjasama Majlis Perundangan Persekutuan telah megadakan pertandingan peringkat kebangsaan untuk memilih reka bentuk bendera bagi kerajaan yang bakal terbentuk.Dalam pertandingan tersebut,ciptaan Encik Mohamad bin Hamzah(arkitek kerajaan Johor) dipilih sebagai pemenang.Sehubungan dengan itu,buat pertama kalinya endera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan pegawai-pegawai King George VI pada 26 Mei 1950.
                Selepas penubuhan Malaysia pada 16 September 1963,Bendera persekutuan Tanah Melayu telah diubah suai sejajar dengan kemasukan Serawak,Sabah dan singapura ke dalam  Persekutuan Tanah Melayu.Walaupun singapura keluar dari Malaysia pada tahun 1965,namum Malaysia masih megekalkan ciri-ciri benderanya.Setelah berkibar megah sejak dari 1950,pada 31 Ogos 1997,Tun Dr Mahathir yang ketika itu merupakan Perdana Menteri Malaysia telah megumumkan nama baru bagi bendera Malaysia , iaitu “Jalur Gemilang”.

-bang ngah-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan