Rabu, 24 Oktober 2012

Dalil mengapa PAS mesti ditolak…



Siri Pembongkaran - 7 / Dalil mengapa PAS mesti ditolak… 
PAS TERLALU RAMAI ULAMA

Hadis Rasullullah saw :-

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ اللَّهَ لَا يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ الْعِبَادِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالًا فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا

Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan mencabutnya daripada hamba-hamba (manusia) tetapi Allah mencabut ilmu dengan mematikan ulama-ulama sehingga Ia tidak meninggalkan walaupun seorang ahli ilmu lalu manusia menjadikan orang-orang yang jahil sebagai pemimpin kemudian mereka ditanya lalu mereka memberikan fatwa tanpa ilmu maka mereka sesat dan menyesatkan”
Sahih Muslim 2297.
Kematian seorang ulama tanpa pengganti adalah merupakan tanda Allah mahu mencabut dan mengangkat ilmu daripada manusia sehingga bila tiada lagi walaupun seorang ahli ilmu maka manusia menjadikan tempat rujukan mereka terutamanya sebagai pemimpin dari kalangan orang-orang yang jahil. Natijahnya berlakulah perkara yang tidak sepatutnya iaitu merujuk kepada orang yang jahil sehingga menyebabkan kesesatan berleluasa disebabkan oleh fatwa-fatwa yang salah.
Di dalam hadith ini terdapat galakan supaya menuntut ilmu kerana dengan cara tersebut akan terus ada ulama di kalangan masyarakat dan masyarakat tidak perlu menjadikan pemimpin dan rujukan mereka dari kalangan orang-orang yang jahil. Di antara pengajaran daripada hadith ini juga ialah celaan daripada Nabi s.a.w. terhadap golongan yang menjadikan orang-orang yang jahil sebagai pemimpin dan rujukan mereka dan celaan terhadap golongan yang terlalu berani di dalam mengeluarkan pendapat dan fatwa tanpa sebarang ilmu.

Rasullullah saw menerangkan, dalam hadis di atas Allah menghapuskan ilmu (dan pengetahuan) agama dengan cara mewafatkan para ulama. Ini bermakna para ulama di zaman ini memang sangat kurang.

Tetapi menurut PAS, mereka mempunyai ramai ulama dan ini bertentangan dengan Sabda Rasullullah saw dalam hadis di atas, kecuali memang benar parti PAS mengangkat orang orang yang bodoh menjadi ulama mereka. Itulah antara sebabnya kita mendengar pelbagai fatwa pelik dari kalangan mereka yang digelar ulama oleh PAS.

Antaranya Fatwa oleh Po Nik…seperti berikut ( ni hanya sedikit..nanti ak perturunkan semua yang lebih mengelirukan errr)

1. “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

2. "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," – 12 Ogos 2009. 

3. “Nabi Muhammad waktu dia beranak tu serupa dengan Mat-Mat lain di kampung juga. Mat anak kita, mat budak kampung dengan mat tanah Arab sama saja. ”.- Kota Bharu, Kelantan Feb. 2012

Arrifin Hussin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan