Sabtu, 20 Oktober 2012

Benarkah Ada Pemimpin Pas Menyokong Perlakuan Zina?



Isu: Alvin Tan Jye Yee dan pasangan Vivian Lee



Selagi ia tidak dilakukan di khalayak umum sehingga diketahui ramai, maka ia adalah sesuatu yang dibenarkan. Itulah antara komen yang diberikan oleh Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad ketika di minta mengulas mengenai isu blog seks yang melibatkan Alvin Tan Jye Yee dan pasangan Vivian Lee.

Alvin adalah merupakan pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Nanyang Singapura, sebelum ini telah mempertahankan tindakannya yang menayangkan gambar dan video seks bersama pasangannya di dalam laman blog miliknya. Dia menegaskan mereka adalah orang yang mempunyai fikiran terbuka dan tindakanya itu hanyalah merupakan satu seni yang ingin dikongsikan kepada dunia.

Dr Dzulkefly ketika diminta mengulas mengenai perkara itu menegaskan Islam tidak mempunyai dasar moral mengenai perkara yang dibangkitkan itu.

“Selama ia tidak menjejaskan kemurnian dan kesucian dan keharmonian awam, Islam tidak mempunyai dasar moral dalam aspek itu” ujarnya ketika ditemui di lobi parlimen sebentar tadi.

“Saya membawa pendekatan Islam, selagi pasangan itu, tidak kira berkahwin atau belum berkahwin, (me)lakukan kesemua kegiatan haram, luar nikah (atau) perhubungan seperti itu, selama dilakukan dalam rumah mereka atau di tempat peribadi mereka, Islam tidak berkuasa untuk menyekat mereka secara moral atau undang-undang” tegasnya lagi.

Mungkin ada yang beranggapan kenyataan tersebut dikeluarkan kerana isu tersebut melibatkan mereka yang bukan beragama Islam. Namun secara asasnya perlakuan dan tindakan seumpama itu adalah merupakan sesuatu yang tidak bermoral. Persoalannya apakah Dzulkefly terkhilaf dalam membuat kenyataan atau terpaksa bersetuju semata-mata untuk menjaga hati dan perasaan masyarakat bukan Islam.

Benar, undang-undang yang ada tidak menghalang perbuatan zina untuk masyarakat bukan Islam, selagi mana ia dilakukan antara suka sama suka tanpa sebarang paksaan. Namun adalah tidak wajar seorang yang beragama Islam mengeluarkan kenyataan seolah-olah menyokong perbuatan tersebut.

Sedangkan sebagai pimpinan di dalam Pas, dia seharusnya sedar akan dasar dan perjuangan parti Pas yang dianggotainya. Pimpinan di dalam Pas sebelum ini acapkali melaungkan pelbagai slogan yang berbentuk Islamik terutamanya di pentas-pentas ceramah politik mereka.

Dr Dzulkefly juga sebelum ini ketika diwawancara oleh TVPas beebrapa tahun yang lalu juga pernah menolak perlaksanaan hudud di Malaysia. Secara rumusannya dia mengatakan pola politik negara Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum maka kepentingan politik perlu di dahulukan demi mendapatkan kuasa.

“Memakmurkan muka bumi diutamakan, dan bukan sekali lagi (Pas) di heret dalam persoalan hudud” katanya.
Mungkin ada benarnya kenyataan yang dikeluarkan oleh mantan Presiden Pas, Nasharuddin Md Isa sebelum ini yang mengatakan Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk meletakkan ajaran Islam di tempat kedua hanya semata-mata mahu mendapatkan kuasa.

 Semakin hari, Pas dilihat semakin jauh dari perjuangan dan dasar yang diperjuangan sejak dari dahulu. Sekiranya dahulu nada bahasa mereka adalah negara Islam, hudud, Al-Quran , A-Sunnah dan sebagainya namun mutakhir ini mereka lebih cenderung untuk bersikap ‘sedikit’ liberal.

Kesimpulannya, hanya kerana kuasa, adakalanya membuatkan manusia lupa dan akan mengunakan apa sahaja ruang dan peluang yang ada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan