Rabu, 24 Oktober 2012

Apa Yang Kau Megarut Nie Setan -P.Ramlee-


Usahakan MCA, DAP dan PKR sendiripun masih tak faham pendirian PAS. Cuba teliti fakta-berikut :

1 ) Amanat Hadi :

"SAUDARA-SAUDARA SEKALIAN, PERCAYALAH, KITA MENENTANG UMNO BUKAN KERANA NAMA DIA UMNO. KITA MENENTANG BARISAN NASIONAL, BUKAN KERANA NAMA DIA BARISAN NASIONAL. KITA MENENTANG DIA KERANA DIA MENGEKALKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH, MENGEKALKAN PERATURAN KAFIR, MENGEKALKAN PERATURAN JAHILIYYAH.

OLEH KERANA ITULAH KITA BERJUANG MELAWAN MEREKA. PERCAYALAH SAUDARA,
PERJUANGAN KITA ADALAH JIHAD, UCAPAN KITA ADALAH JIHAD, DERMA KITA ADALAH
JIHAD, DAN KERANA KITA BERJUANG DENGAN PUAK-PUAK INI, KALAU KITA MATI KERANA BERLAWAN INI, MATI KITA ADALAH MATI SYAHID, MATI KITA ADALAH MATI ISLAM.

KITA TIDAK PAYAH MASUK YAHUDI, KITA TIDAK PAYAH MASUK KRISTIAN, KITA TIDAK PAYAH MASUK HINDU, KITA TIDAK PAYAH MASUK BUDHA, TETAPI KITA MENJADI KAFIR
DENGAN MENGATAKAN POLITIK SUKU AGAMA SUKU".

Berdasarkan ucapan Hadi di atas jelas menunjukkan PAS menentang perlembagaan Malaysia habis-habisan.

2) Harakah daily 12 sept :

"......................
Wartawan: Dato', saya ingin bertanya mengenai risalah yang diedarkan oleh DAP di Pulau Pinang. DAP menggesa supaya rakyat menolak negara Islam sebagaimana yang disyorkan oleh PAS dan rakyat akan jadi kelas kedua jika PAS dapat memerintah negara ini. Apa pandangan Dato'.

MB (Hj Hadi): Kita sudah tidak ada hubungan dengan DAP. Itu hak dia (DAP) dalam negara demokrasi. Negara Islam yang kita perjuangkan tetap berbeza dengan Umno. Umno sebenarnya, terus memperjuangkan negara sekular. Islam tidak menjadi agama yang memerintah.

...."

Ini pulak jelas PAS nak perjuangkan Negara Islam Versi PAS.

3) Harakah daily 2 Oct :

"...
Kenyataan ini membawa maksud, PAS tidak akan melaksanakan Negara Islam apabila berkuasa di peringkat Pusat tetapi menggunakan kuasa di Pusat untuk melaksanakannya di Kelantan dan Terengganu sebagai model negara Islam yang dimaksudkan oleh PAS.....

......Ustaz Abdul Hadi, sebagaimana Mustafa dalam HARDTalk, juga dengan jelas berkata PAS tidak akan meminda perlembagaan negara......"

Berdasarkan artikel-artikel di atas yang mengapa objektif PAS begitu banyak versi berbeza ?
Apakah hala-tuju dan wawasan PAS yang sebenarnya ?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan