Khamis, 25 Oktober 2012

8 / Dalil mengapa PAS mesti ditolak…




Siri Pembongkaran - 8 / Dalil mengapa PAS mesti ditolak… 

SIAPAKAH YANG MEMECAHK BELAHKAN 

Hadis Nabi Muhammad saw : Dari Arfajah r.a. katanya, dia mendengar Rasullullah saw bersabda , “ Nanti akan terjadi bencana dan kekacauan.Maka siapa yang memecahbelah persatuan umat ini, penggallah dengan pedangmu walau siapa dia “

(Sahih Muslim 1817.)

Hadis di atas jelas menerangkan bahawa perbuatan memecahbelahkan persatuan umat Islam adalah dilarang dan hukuman melanggar larangan itu amat berat.
Ingatkah kita beberapa tahun yang lampau, parti PAS tidak mempunyai pengaruh di negeri negeri lain kecuali di Kelantan. Pada masa itu, orang Islam hidup bersatu padu tapi sekarang apabila pengaruh PAS mula berkembang, Orang Islam mula berpecah. Perbuatan mencaci, menghina ,mencarut dan mengkafirkan orang Islam lainnya dipelopori oleh PAS . Di masjid masjid dan surau surau, sudah ader dua golongan orang Islam yang bermusuhan.
Ternyata parti PAS dengan tindak tanduknya telah memecahbelahkan perpaduan orang Melayu dan Islam di Malaysia. Satu lagi contoh ialah apabila PAS menentang BN yang diterajui UMNO dalam pilihanraya. Perbuatan mengkafir, memaki, memfitnah dan menghina merebak ke merata tempat. Akibat dari ini, timbul dua puak bertentangan sampai ada pasangan suami isteri yang bercerai, adik beradik yang bergadih dan rakan dan teman baik tidak bertegur sapa. Inilah jasa sebenar PAS kepada masyarakat Islam iaitu sebagai pemecah belah ummah. Hinggakan pada satu ketika PAS mengeluarkan fatwa haram bekerjasama dengan kafir, contoh BN di mana UMNO bekerjasama dengan MCA dan MIC. Ketika itu, PAS mengeluarkan datwa seperti berikut :-

Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

Kini, apabila bersekongkol dengan DAP, PAS mengubah hukum yang mereka sendiri katakan apabila menghukum begini mengenai DAP :-

"Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - 12 Mei 1999.

Jadinya, dimanakah dikatakan perjuangan Islam yang dilaungkan oleh PAS selama ini. Hinggakan PAS sanggup berkerjasama dengan syaitan yang dilaknat oleh Allah swt demi mendapatkan kuasa . Inilah perkara yang dinyatakan oleh Nik Aziz :-

"Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - 24 Januari 1999

semua perbuatan PAS ini telah berjaya memecahkan belahkan persaudaraan sesama Islam yang telah menjadi asas kekuatan Islam selama ini. Firman Allah swt dalam Surah Al Hujuraat Ayat 10 yang bermaksud : - Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.

Maka kenapa persaudaraan yang menjadi asas kepada kekuatan Islam masih tidak dapat kita lihat dalam ertikata sebenarnya. Anda berhak menilainya..dengan ilmu dan akal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan